Dua Beranak Sempat Selamatkan Diri Dalam Kebakaran

Dua Beranak Sempat Selamatkan Diri Dalam Kebakaran

JEMPOL – Dua beranak sempat menyelamatkan diri dalam kejadian kebakaran yang memusnahkan rumah mereka di Felda Palong 7 di sini hari ini.

Komander operasi, Penolong Kanan Penguasa Bomba, Mohd. Hazreen Mohd. Zahar berkata, pihaknya menerima panggilan pukul 10.31 pagi dan tiga pegawai serta 16 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Seri Jempol bersama tiga anggota bomba bantuan dikejarkan ke lokasi.

“Kejadian melibatkan sebuah rumah separuh kekal yang terbakar 90 peratus. Api dapat dikawal dalam masa 10 minit dan padam sepenuhnya setengah jam kemudian,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Jelas beliau, ketika kejadian, terdapat seorang wanita berusia 64 tahun dan anak lelakinya berusia 26 tahun di dalam rumah. Mereka bagaimanapun berjaya menyelamatkan diri.-KO

Dua Beranak Sempat Selamatkan Diri Dalam Kebakaran

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Najib Minta DAP Jangan Politikkan Tragedi Basikal Lajak

Beli Nasi Briyani Daging RM12, Sekali Dapat Daging Meatball 3 Biji

Abang Johan Pelakon ‘Mat Saleh’ Menangis Sebab Ramai…

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker