Remaja Lelaki Tumbuh Ekor Dianggap Sebagai Penjelmaan Dewa [VIDEO]

Remaja Lelaki Tumbuh Ekor Dianggap Sebagai Penjelmaan Dewa [VIDEO]

KATHMANDU – Seorang remaja lelaki di Nepal dianggap sebagai penjelmaan semula dewa selepas dia tular dalam aplikasi TikTok kerana memiliki ekor berbulu yang tumbuh pada belakang badannya, lapor akhbar Mirror kelmarin.

Deshant Adhikari, 16, tular kerana memiliki ekor sepanjang 70 sentimeter (sm) yang dijalin sehingga membuatkan penduduk tempatan di kampung halamannya terpegun.

Bulu berkenaan mula dikesan oleh ibu bapanya sejurus selepas dia dilahirkan.

Deshant berkata, dia pada awalnya malu dengan bulu tambahan itu dan pernah menyembunyikannya daripada orang lain.

Semasa masih kecil, ibu bapa Deshant membawanya ke hospital dan kemudahan tempatan di luar negara dalam usaha untuk mendapatkan rawatan.



Bagaimanapun, seorang sami tempatan telah membuat ekor itu dilihat dari sudut yang berlainan.

“Ibu bapanya tidak tahu keadaan itu sehingglah dia dibawa pulang dari hospital selepas lima hari dilahirkan. Mereka membawanya ke beberapa hospital untuk dirawat, namun gagal untuk menghalang ekornya daripada tumbuh.

“Sami itu menasihati mereka untuk tidak menyikat atau menggunakan sebarang alat untuk memotong ekor itu. Mereka kemudian membiarkan ekor itu tumbuh secara semula jadi dan berhenti mendapatkan rawatan,’’ jelas seorang pembuat filem, Puskar Nepal setelah menemu bual Deshant.  – Agensi / Mirror



VIDEO DIBAWAH:-

Remaja Lelaki Tumbuh Ekor Dianggap Sebagai Penjelmaan Dewa [VIDEO]

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Najib Minta DAP Jangan Politikkan Tragedi Basikal Lajak

Beli Nasi Briyani Daging RM12, Sekali Dapat Daging Meatball 3 Biji



Abang Johan Pelakon ‘Mat Saleh’ Menangis Sebab Ramai…



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker