PKR sedia sokong Ahmad Said jadi ‘poster boy’ tawan Terengganu

PKR sedia sokong Ahmad Said jadi ‘poster boy’ tawan Terengganu

PKR Terengganu sedia menyokong ketua Umno Terengganu, Ahmad Said, sebagai “poster boy” kerajaan perpaduan bagi menawan negeri itu pada PRN akan datang, asalkan ahli politik veteran itu sudi dipaparkan bersama Anwar Ibrahim.

Ahli Majlis Pimpinan PKR Terengganu Azan Ismail memberitahu FMT partinya sedia menyokong Ahmad sebagai wajah jentera PH-BN sekiranya beliau digandingkan dengan presidennya, selaku wajah kerajaan perpaduan di peringkat persekutuan.



“Dia kena bersama Anwar – seorang dari negeri dan seorang dari pusat sebagai ‘poster boy’,” tegasnya kepada FMT.

“Kita tak boleh tinggal Anwar. Dia perlu jadi ‘poster boy’ utama dalam mana-mana PRN. Kita setuju kalau nak gabungkan Anwar dengan ‘poster boy’ negeri.”

Barisan Nasional Terengganu sebelum ini berkata mereka akan mempertaruhkan Ahmad sebagai wajah gabungan itu pada PRN akan datang, dan akan mencalonkan beliau sebagai menteri besar jika berjaya menawan Terengganu.

Dalam pada itu, Azan memaklumkan enam kerusi diperuntukkan untuk Pakatan Harapan manakala 26 lain untuk BN.



“Kalau ikut pengumuman tak rasmi PH diberi enam DUN dan Umno 26 tapi masih dalam rundingan lagi. Saya harap ada tambahan kerusi,” katanya, sambil mengingatkan peluang BN menawan Terengganu lebih baik dengan kerjasama PH.

Dalam kedudukan sekarang, 22 DUN diduduki PAS manakala 10 dalam tangan Umno.

Ditanya tentang teguran Ahmad kepada PKR supaya ‘ukur baju di badan sendiri’ kerana meminta tambahan kerusi pada PRN kelak, Azan percaya Adun Kijal itu tertekan dengan tanggungjawab merampas Terengganu daripada PAS.

“Sebelum ini beliau berulang kali kata kalau tak dapat ambil alih Terengganu pada PRN kali ini, bermakna Terengganu akan jadi Kelantan nombor dua,” katanya, dan menambah akar umbi PH tiada masalah bekerjasama dengan BN. FMT



PKR sedia sokong Ahmad Said jadi ‘poster boy’ tawan Terengganu

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Suami Fatin Afeefa masuk hospital, dipukul geng Honda?



Janna Nick mohon maaf pada Ustaz Wadi

Bikers ‘Otak Kecil’ halang laluan disaman Polis



Restoran Salt Bae tidak laku kerana sering dapat ‘review’ buruk



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker