Pelancong maut akibat lori ‘makan’ jalan

Gambar Hiasan

Sebuah bas persiaran yang membawa 15 pelancong warga China terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori di Kilometer 21 Jalan Semporna-Tawau pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Semporna, Superintenden Mohd Farhan Lee Abdullah berkata, kemalangan itu mengakibatkan seorang pelancong lelaki berusia 56 tahun maut.

Menurutnya, siasatan awal mendapati kedua-dua kenderaan masing-masing datang dari arah bertentangan.

“Hasil siasatan mendapati lori jenis Isuzu datang dari arah Tawau menuju ke Semporna manakala bas persiaran yang membawa 15 pelancong warga China berusia antara 30 hingga 60-an datang dari arah Semporna menuju ke Lapangan Terbang Tawau.



“Lori yang dipandu datang dari arah bertentangan dan telah ‘makan jalan’ dan masuk ke lorong bas persiaran lalu berlanggar sehingga menyebabkan bas terbabit terbabas serta terbalik ke sebelah kiri jalan,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Beliau berkata, mangsa yang maut telah dirujuk ke Hospital Semporna manakala penumpang lain tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Pemandu lori patah kaki sebelah kanan dan dirujuk ke Hospital Tawau,” katanya.

Katanya lagi, kes disiasat di bawah Sekyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.



“Sebarang maklumat mengenai kes ini boleh berhubung dengan pegawai penyiasat Inspektor A Hemkkumar di talian 012-3650021 atau 089-782020,” katanya.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Achey guna populariti anak demi lariskan bisnes?

Penyertaan dalam FD3 macam sampah, ini kata Ryan Bakery



Nabil gurau ‘face shaming’ pulak kali ini

Leona dikecam nampak lurah, Azhar Sulaiman ‘back up’



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker