Isu suntikan ‘Kosong’, jika bersalah tindakan tegas – CITF

Gambar Hiasan

Isu suntikan ‘Kosong’, jika bersalah tindakan tegas – CITF

Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 (CITF)  mengambil langkah tegas termasuk tindakan disiplin ke atas beberapa dakwaan mengenai suntikan vaksin di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) yang tular dalam laman media sosial.

Dalam kenyataan CITF hari ini, pihaknya memandang berat perkara itu dan kini sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa termasuk Polis Diraja Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang menjalankan siasatan agar kejadian seperti itu tidak berlaku lagi.

“Kes pertama berlaku pada 17 Julai lalu di PPV pandu lalu di Kem Lapangan Terbang Sungai Petani, Kedah di mana PPV tersebut dikhaskan kepada anggota ATM dan ahli keluarga mereka sahaja manakala petugasnya daripada Rumah Sakit Angkatan Tentera (RSAT) di kem tersebut.



“Satu siasatan dijalankan pihak ATM mengenai kejadian tersebut di mana individu-individu yang terlibat dipanggil untuk memberi penjelasan dan tindakan tata tertib diambil ke atas petugas vaksinasi tersebut,” katanya.

Kenyataan itu juga menyebut bagi dua lagi dakwaan mengenai suntikan vaksin kosong iaitu di PPV Malaysia International Trade and Exhibition Centre (MITEC) pada 17 Julai lalu dan orang awam yang terlibat telah membuat laporan polis.

“Kedua, PPV Bangi Avenue Convention Centre (BACC), melibatkan dakwaan mengenai suntikan palsu ini dibuat pada 18 Julai lalu dan laporan polis telah dibuat oleh penyedia perkhidmatan kesihatan (HCO) terbabit.

“Polis kini sedang menjalankan siasatan. Sebarang perkembangan mengenai perkara ini akan dimaklumkan oleh pihak berkuasa yang berkenaan.



“Sekiranya didapati bersalah, pihak CITF tidak akan teragak-agak menamatkan perkhidmatan petugas yang terlibat dan mengambil tindakan tegas mengikut peruntukan undang -undang berkenaan perkara ini,” katanya.

Isu suntikan ‘Kosong’, jika bersalah tindakan tegas – CITF


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Mahkamah Rayuan bebaskan, kerajaan rayu lagi



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker