Detik Mencemaskan… Ibu Terpaksa Campak Anak Selepas Apartment Dijilat Api [VIDEO]

Detik Mencemaskan… Ibu Terpaksa Campak Anak Selepas Apartment Dijilat Api [VIDEO]

DEMI menyelamatkan nyawa si anak, seorang ibu terpaksa mencampak kanak-kanak tersebut dari sebuah bangunan kediaman di bandar Durban, KwaZulu-Natal di Afrika Selatan selepas premis itu terbakar.

Aksi Naledi Manyoni mencampakkan anak perempuannya, Melokuhle dari tingkat satu berjaya dirakam kamera BBC, Selasa lalu.

Ketika kejadian, bangunan apartment yang didiami mereka dibakar perusuh susulan rusuhan berterusan sejak mantan Presiden Jacob Zuma dipenjarakan minggu lalu.

https://twitter.com/i/status/1415056408861609984

Disebabkan tidak dapat keluar, orang ramai yang berada di bawah bangunan menjerit meminta Naledi mencampakkan anaknya sambil mereka bersedia untuk menyambut kanak-kanak berkenaan

Pasukan bomba tiba di tempat kejadian kira-kira 20 minit kemudian ketika orang awam mula menyelamatkan penghuni apartment menggunakan tangga.

Naledi kemudian terus mendapatkan anak perempuannya selepas berjaya diselamatkan.

Sehingga kini, rusuhan itu menyebabkan 72 orang meninggal dunia. – Indianexpress.com

Detik Mencemaskan… Ibu Terpaksa Campak Anak Selepas Apartment Dijilat Api [VIDEO]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Pelawak Achey Patah Tangan Durian Punya Hal [VIDEO]

‘Surat Azmin’ digunakan untuk balik kampung – TPM

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker