Pelawak Achey Patah Tangan Durian Punya Hal [VIDEO]

Sebaran :

Pelawak Achey Patah Tangan Durian Punya Hal [VIDEO]

MALANG tidak berbau, niat pelawak Achey mencari buah durian di dusun bertukar tragedi apabila terjatuh daripada motosikalnya pada Ahad.

Achey atau nama sebenarya Mohd Nasir Hamzah, berkata dia dikejarkan ke sebuah pusat perubatan di Batu Pahat dan disahkan mengalami patah tangan kiri.

Perkara ini disahkan oleh isteri Achey di Instagram beliau sebentar tadi.

“Sebenarnya saya pergi ambil durian pagi tadi dan entah macam mana terjatuh motor dari tebing dan saya tahan pakai tangan.

“Masa nak bangun tu rasa tangan kiri sakit. Saya tengok keadaan tangan dah bengkok, eh… saya syak patah ni

“Doktor kata tangan saya akan kena operation. Tengoklah macam mana sebab sekarang kena puasa dan masukkan ubat” ujarnya kepada mStar

Sementara itu, bercerita lanjut tentang perkara itu, Achey berkata, niatnya ke dusun untuk mencari durian bagi tujuan berniaga pada minggu hadapan.

VIDEO DIBAWAH:-

Bagaimanapun, ahli kumpulan Bochey ini berkata, kerja itu akan diambil alih oleh rakan kongsinya.

“Niat nak tengok durian sebab minggu depan nak berniaga dekat belah-belah Segamat. Keadaan dah jadi macam ni jadi member akan ambil alih teruskan kerja-kerja ni,” ujarnya.

Pelawak Achey Patah Tangan Durian Punya Hal [VIDEO]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


 

 

Achey Sanggup Jual Motosikal Demi Ibu

 


Sebaran :

Leave a Reply