Aidiladha: Terlepas? Polis pantau kawasan perumahan

Aidiladha: Terlepas? Polis pantau kawasan perumahan. Polis Diraja Malaysia (PDRM) meningkatkan pemeriksaan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) di kawasan perumahan dan lokasi tumpuan awam sempena Aidiladha, pada Selasa.

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, pasukan pemantau akan bergerak membuat pemantauan tersebut bagi memastikan masyarakat sentiasa mematuhi SOP pada Aidiladha.

“Tindakan tegas akan diambil bagi memastikan SOP dipatuhi dan pihak yang melanggar SOP akan diambil tindakan tanpa kompromi,” kata beliau dalam kenyatan pada Isnin.

Katanya, pematuhan SOP yang ketat merupakan kunci kepada usaha melandaikan lengkuk jangkitan Covid-19.

“Masyarakat diingatkan tidak menjalankan aktiviti ziarah dan kunjung mengunjung atau merentas negeri serta daerah sepanjang musim perayaan.

“Sebarang pelanggaran SOP akan diambil tindakan berdasarkan peruntukan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342),” katanya.

Aidiladha: Terlepas? Polis pantau kawasan perumahan


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


‘Surat Azmin’ digunakan untuk balik kampung – TPM

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker