Komen Anwar tentang kes Zahid

Komen Anwar tentang kes Zahid

Anwar Ibrahim berkata beliau tidak mencampuri urusan mahkamah yang melepas tanpa membebaskan (DNAA) Zahid Hamidi daripada 47 tuduhan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram dana Yayasan Akalbudi.

“Ini keputusan peguam negara, saya tidak campur,” kata perdana menteri menurut Bernama.



PM tiada kaitan dengan keputusan diambil Jabatan Peguam Negara

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak boleh dikaitkan berikutan keputusan lepas tanpa dibebaskan (DNAA) ke atas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi terhadap 47 pertuduhan yang dihadapinya.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata Peguam Negara mempunyai kuasa untuk memulakan, meneruskan atau menghentikan pendakwaan menerusi Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan.

Sehubungan itu, Saifuddin yang juga Setiausaha Agung PKR, menolak anggapan bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu bertanggungjawab atas tindakan dilakukan Peguam Negara itu.



“Sebab itu saya menolak dan menangkis sebarang andaian bahawa tindakan apa pun yang dilakukan oleh Peguam Negara, semuanya (tanggungjawab) perlu diletakkan pada bahu Perdana Menteri.

“Seolah-olah Perdana Menteri tak ada kerja lain,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Ceramah Kelompok PH di Taman Anggerik, di sini, malam ini.

Hari ini, beberapa pemimpin pembangkang termasuk Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin dilaporkan mendakwa tindakan Peguam Negara menggunakan kuasanya mengikut Perkara 145 (3) Perlembagaan Persekutuan bagi menarik balik 47 pertuduhan jenayah terhadap Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri itu, adalah sesuatu yang tidak bermoral.



Muhyiddin dilaporkan berkata, tindakan itu amatlah tidak munasabah dan mempersoalkan sama ada bukti-bukti yang dikemukakan oleh pendakwa raya di mahkamah tidak boleh dipakai atau ada arahan daripada pihak atasan bahawa kes ini mesti digugurkan walau dengan apa cara sekali pun.

Semalam, Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) dilaporkan dilepas tanpa dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur daripada 47 tuduhan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram dana Yayasan Akalbudi yang diasaskannya.

Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Mohd Dusuki Mokhtar yang memaklumkan Jabatan Peguam Negara ingin memberhentikan semua prosiding terhadap Ahmad Zahid

Diminta mengulas gesaan beberapa pihak termasuk Ahli Parlimen Subang, Wong Chen berhubung kuasa Jabatan Peguam Negara dan Pendakwa Raya perlu dipisahkan, Saifuddin yang juga Ketua Setiausaha Pakatan Harapan (PH) berkata, berkata perkara itu di bawah kuasa Yang Dipertuan Agong.



“Saya baca kenyataan Wong itu. Buat masa sekarang pelantikan Peguam Negara itu adalah perkenan Yang Dipertuan Agong di atas usul Ketua Eksekutif.

“Kita (kerajaan PH) mewarisi sistem yang sudah berjalan. Sekiranya terdapat apa-apa usul untuk mengubah keadaan sekarang, caranya adalah seperti yang dicadangkan oleh Wong.

“Kita akan tengok daripada situ. Saya tiada sebarang komen lebih daripada itu.

“Kuasa yang ada di bawah Peguam Negara itu adalah mengikut Perkara145 Perlembagaan Persekutuan sama ada untuk mendakwa atau tidak, meneruskan pendakwaan atau tidak,” katanya.



Komen Anwar tentang kes Zahid

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pelakon wanita kantoi bercium dalam kelab malam



Guru skandal dengan ibu murid sendiri

Ayda Jebat lincah menari walau hamil 7 bulan (Video)

Lelaki Iban ‘knock down’ pembuli warga asing (Video)

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker