MIC saran semua beri Anwar satu penggal penuh

MIC saran semua beri Anwar satu penggal penuh

MIC menegaskan parti itu akan terus memberikan sokongan penuh kepada Perdana Menteri, Anwar Ibrahim untuk mentadbir negara sehingga tamat penggal, kata Presidennya, SA Vigneswaran.

Vigneswaran berkata, kerajaan yang ada hari ini adalah kerajaan yang sah serta tidak wajar digulingkan, selain turut menasihati parti-parti lain supaya mengambil pendirian serupa.



“Saranan MIC kepada parti-parti lain agar memberi peluang kepada Anwar supaya beliau terus berkhidmat sebagai perdana menteri untuk satu penggal penuh.

“Walaupun dalam sistem parlimen demokratik pertukaran kerajaan ini boleh dilakukan, tetapi keadaan negara sekarang yang paling mustahak adalah semua parti perlu fokus kepada membantu rakyat dan negara secara keseluruhan,” katanya.

Dia berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat ahli jawatakuasa MIC pusat (CWC), di Kuala Lumpur, hari ini.

Selepas keputusan PRU15 lalu diumumkan, tiada mana-mana gabungan parti mempunyai majoriti mudah untuk membentuk kerajaan.



Keadaan ini menyaksikan BN pada masa itu memberikan sokongan kepada Anwar untuk menubuhkan kerajaan perpaduan.

Bagaimanapun ketika itu MIC antara parti komponen BN yang dilaporkan menentang keputusan Pengerusinya Ahmad Zahid Hamidi untuk bekerjasama dengan PH.

Baru-baru ini timbul desas-desus beberapa ahli parlimen BN berhasrat meletakkan jawatan dan bertanding semula dalam pilihan raya kecil di bawah tiket PN, dengan tujuan untuk menubuhkan kerajaan baru.

Sementara itu, Vigneswaran berkata Anwar mempunyai jumlah sokongan ahli parlimen yang mencukupi ketika dia dilantik sebagai perdana menteri oleh Yang di-Pertuan Agong pada November 2022.



“Jadi saya nak beritahu sebelum Seri Paduka membuat keputusan tersebut memang jelas bahawa nombor yang ada adalah 147 kerusi parlimen (sokongan kepada Anwar).

“Maka saya harap jangan kita pertikai dengan jumlah ahli parlimen menyokong kerajaan perpaduan,” katanya. Mk

MIC saran semua beri Anwar satu penggal penuh

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

“Sarah Rasa Nak Matilah, Macam Malaikat Dah Duduk Sebelah”(Video)

Angel Dolla bercinta dengan Nadhir Nassar



Janna Nick nikahi Dini Schatzmann di Langkawi 10 Jun

Bapa sanggup putus hubungan – Mark Adam



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker