Geng Penyondol – Ini Lagu Raya Istimewa Untuk Kamu [VIDEO]

Geng Penyondol – Ini Lagu Raya Istimewa Untuk Kamu [VIDEO]

Geng Penyondol - Ini Lagu Raya Istimewa Untuk Kamu [VIDEO]

SELALUNYA kita sering dihidangkan dengan lagu-lagu putus cinta atau kekecewaan tetapi kali ini lain pula mesejnya iaitu buat si penyondol.

Kedengaran kasar tetapi hakikatnya ramai terhibur dengan lirik lagu berjudul Senandung Hari Raya Untukmu Versi Penyondol yang dinyanyikan oleh pempengaruh media sosial bernama DD Chronicle.



Di tangan DD, lagu dendangan Dayangku Intan tersebut diubah lirik menjadi lebih ‘berbisa’ dan ditujukan buat golongan perampas suami orang.

“Ku harap dikau gembira
Oh di samping isterimu yang muda
Untuk penyondol di sana
Ku doa kau jadi isteri kedua”

Rata-rata netizen berasakan lirik versi DD sangat bersesuaian dengan situasi semasa industri hiburan tanah air yang ketika ini dibanjiri kisah perceraian selebriti.

Baca Artikel Menarik:



“Isteri-isteri yang tersakiti oleh suami dan penyondol mesti rasa puas mendengar lagu ini.

“Mohon putarkan lagu ini dalam radio, beri kesedaran kepada para penyondol. Terhibur sungguh!” seloroh netizen.



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker