Tambang RM3,138 KL-Tawau memang untuk ekonomi, bukan perniagaan – Wee

Tambang RM3,138 KL-Tawau memang untuk ekonomi, bukan perniagaan – Wee

Bekas menteri pengangkutan Wee Ka Siong tampil mempertahankan kenyataannya berhubung harga tambang penerbangan sehala bagi laluan Kuala Lumpur ke Tawau menjelang Aidilfitri mencecah sehingga RM3,138 bagi kelas ekonomi.

Beliau menegaskan berdasarkan semakan di laman web, harga itu merupakan kelas ekonomi dan bukan kelas perniagaan seperti mana dijawab Menteri Pengangkutan Loke Siew Fook berhubung isu dibangkitkannya.



“Dia kata saya tidak dapat bezakan antara kelas penerbangan ekonomi dan perniagaan.

“Saya hairan sebab semalam saya (lihat) sememangnya adalah tiket ekonomi (KL ke Tawau sehala) RM3,138 dan saya sahkan dua…tiga kali,” katanya di Facebooknya.

Terdahulu, Loke menafikan dakwaan Wee bahawa harga tambang penerbangan sehala Kuala Lumpur ke Tawau menjelang Aidilfitri mencecah sehingga RM3,138 untuk kelas ekonomi.

Katanya, hanya tiket penerbangan kelas perniagaan itu tersedia untuk perjalanan pada 20 April sempena Aidilfitri.



Loke berkata, beliau menghubungi Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Malaysia Airlines Bhd (MAB), Izham Ismail untuk mengesahkan dakwaan itu, dan pihaknya dimaklumkan semua tiket kelas ekonomi untuk laluan itu pada Aidilfitri telah habis dijual.

Dalam pada itu, Wee merupakan Ahli Parlimen Ayer Hitam berkata, sekiranya syarikat penerbangan yang memaparkan harga itu tidak betul, beliau menyarankan Loke mengambil tindakan segera.

Beliau berkata, isu dibangkitkan itu bukanlah untuk menuduh mana-mana pihak, tetapi hanya ingin membawa suara rakyat terkesan dengan harga tiket penerbangan mahal.

“Kecuali laman web ini memberi satu paparan tak betul… (tetapi) hari ini saya buka sekali lagi laman web dan harga tetap sama. Aplikasi menunjukkan RM3,138 kelas ekonomi.



“Apakah syarikat ini kaut keuntungan seperti mana dikatakan. Kita nak cari penyelesaian dan tak kisah pemerintahan siapa.. isu ini relevan. Biarlah kita selesaikan secara bersama,” katanya.

Semalam, Wee kecewa kerana harga tiket penerbangan dari ibu negara ke Sabah melambung tinggi pada musim perayaan walaupun sektor penerbangan semakin pulih selepas pandemik Covid-19.

Beliau berkata, hasil semakannya mendapati tambang sehala bagi laluan dari Kuala Lumpur ke Tawau menjelang Aidilfitri mencecah sehingga RM3,138 untuk kelas ekonomi. FMT

Tambang RM3,138 KL-Tawau memang untuk ekonomi, bukan perniagaan – Wee



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kaya Gila Suami Nynaa Harizal (Video)



Farid pujuk, Diana reject

Penyondol itu bukan bff saya – Shila Amzah



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker