Polis cari doktor saksi penting kes rogol

 

HULU SELANGOR – Seorang doktor wanita dikesan bagi membantu siasatan berkaitan kes rogol melibatkan seorang remaja pada 12 Mac lalu.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Ahmad Faizal Tahrim berkata, doktor berkenaan sebelum itu telah menghubungi polis kira-kira jam 4.40 petang memaklumkan remaja berumur 16 tahun yang hadir ke klinik di Jitra, Kedah.



“Individu berkenaan yang bekerja sebagai doktor di klinik tersebut memaklumkan pesakitnya itu mengadu sakit perut, loya dan tidak datang bulan.

“Remaja tersebut memaklumkan kepada doktor tersebut bahawa dia pernah melakukan hubungan seks bersama teman lelaki bagaimanapun hasil pemeriksaan mendapati pesakit itu tidak mengandung,” katanya menerusi kenyataan pada Ahad.

Katanya, siasatan mendapati wanita tersebut merupakan saksi penting dalam kes ini.

“Wanita ini adalah doktor yang bertugas semasa menerima dan memeriksa remaja tersebut.



“Beliau diminta tampil ke Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Selangor atau menghubungi segera Pegawai Penyiasat Jenayah iaitu Inspektor Zulaikha Mohamed di talian 03-60641222,” katanya.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kaya Gila Suami Nynaa Harizal (Video)

Farid pujuk, Diana reject



Penyondol itu bukan bff saya – Shila Amzah



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker