Bajet 2023: Wujud peluang pekerjaan, tingkat pendapatan rakyat – Ismail

Bajet 2023: Wujud peluang pekerjaan, tingkat pendapatan rakyat – Ismail

Kerajaan memastikan Bajet 2023 dirangka berteraskan kesejahteraan dan kebajikan rakyat segenap lapisan masyarakat sebagai mengambil kira cabaran yang bakal dihadapi pada tahun hadapan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, antara tumpuan utama adalah memastikan pemulihan pasca Covid-19 turut mewujud peluang pekerjaan dan meningkatkan pendapatan rakyat serta kelangsungan perniagaan.



Beliau berkata, tumpuan turut diberikan kepada golongan rakyat yang memerlukan bantuan dengan menambah baik sistem perlindungan sosial serta meningkatkan kesejahteraan hidup melalui perkhidmatan kesihatan dan pendidikan berkualiti dalam menghadapi ketidaktentuan global.

“Kerajaan turut memberi tumpuan kepada persekitaran hidup yang selamat dan selesa dengan menitikberatkan pembangunan yang inklusif dan mapan.

“Ia bertujuan agar semua ahli Keluarga Malaysia dapat menikmati manfaat pembangunan negara pada masa kini dan hadapan tanpa mengira komuniti atau tempat tinggal,” katanya ketika berucap menyempurnakan majlis penutupan Konsultasi Bajet 2023 di sini hari ini.

Lebih daripada 3,000 isu dan 2,000 cadangan diterima daripada 242 agensi termasuk cadangan mengenai percukaian menjelang pembentangan Bajet 2023 Oktober ini.



Ismail Sabri berkata, beliau difahamkan beberapa isu dan cadangan diutarakan seperti pemberian subsidi dan perlindungan sosial serta kelangsungan perniagaan dan kemapanan industri dalam konsultasi Bajet 2023 itu.

Kata beliau, ini termasuk mengurangkan kos menjalankan perniagaan, meningkatkan pembangunan sumber manusia dan tenaga mahir, produktiviti, teknologi dan digitalisasi dalam perniagaan.

Beliau memberitahu, terdapat juga cadangan untuk memperkukuh kerjasama pelbagai pihak untuk mempercepat pelaksanaan Agenda Pembangunan Mampan (SDG) menjelang 2030 di peringkat nasional.

“Jalinan kerjasama ini juga berperanan sebagai pemangkin kepada kesejahteraan sosioekonomi Keluarga Malaysia.



“Cadangan-cadangan tersebut selari dengan bidang fokus bajet dan diperincikan untuk dirangka langkah Bajet 2023 yang sesuai,” katanya.

Pada masa sama, Perdana Menteri berkata, Majlis Konsultasi Bajet 2023 ini mencerminkan komitmen kerajaan untuk melibatkan semua pihak berkepentingan dalam proses penyediaan bajet kepada rakyat demi kesejahteraan Keluarga Malaysia.

Katanya, ia merupakan titik permulaan kepada sesi libat urus yang lebih komprehensif untuk memperhalusi input Bajet 2023. bertemakan “Memperkukuh Pemulihan, Memudahcara Pembaharuan ke arah Kemapanan Daya Tahan Ekonomi dan Kesejahteraan Keluarga Malaysia.”

“Kementerian Kewangan akan mengadakan siri mesyuarat kumpulan fokus untuk membincangkan bidang-bidang terpilih.



“Sebagai pelengkap kepada Majlis Konsultasi Bajet pada hari ini, seluruh Keluarga Malaysia dijemput mengemukakan cadangan di dalam Portal Cadangan Bajet 2023 dengan melayari laman web Kementerian Kewangan,” katanya. Utusan

Bajet 2023: Wujud peluang pekerjaan, tingkat pendapatan rakyat – Ismail


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Kangkong Diharamkan Di Amerika, Ini Sebabnya (Video)

Suami Hana dari ‘neraka’



Noh Salleh buat ‘catwalk’ dengan rokok di mulut di KLFW2022 (Video)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker