Piala Asia 2023: Bahrain tewaskan Harimau Malaya diminit akhir

DOHA: Peluang untuk skuad Harimau Malaya melangkah ke pusingan 16 terakhir Piala Asia 2023 sudah tertutup rapat apabila tewas 0-1 kepada Bahrain di Stadium Jassim bin Hamad, sebentar tadi.

Empat perubahan dalam kesebelasan utama dan formasi 5-4-1 yang dilakukan Pan Gon menyaksikan Harimau Malaya bermula dengan aksi lebih baik serta meyakinkan berbanding ketika tewas 0-4 kepada Jordan, Selasa lalu.

Skuad negara memperoleh peluang terbaik untuk membuka tirai jaringan pada minit ke-15, namun percubaan Arif Aiman Hanapi berjaya ditepis keluar penjaga gol Bahrain, Ebrahim Lutfallah.



Harimau Malaya bagaimanapun berdepan detik cemas pada minit ke-31 apabila bola kuisan Dion Cools ketika cuba mengekang Komail Al Aswad menuju ke gawang sendiri, namun nasib baik berjaya dikeluarkan Dominic Tan.

Pemain paling berusia dalam skuad, Natxo Insa akhirnya membuat penampilan semula selepas kali terakhir beraksi bersama Harimau Malaya pada 2018 dengan dia masuk menggantikan Syamer Kutty Abba pada awal babak kedua.

Tindakan Pan Gon mengeluarkan Syamer seakan enggan mengambil risiko apabila pemain tengah berusia 26 tahun itu sudah menerima satu kad kuning pada babak pertama.

Debaran hebat dirasai penyokong Malaysia apabila Bahrain melakukan asakan demi asakan sepanjang babak kedua, namun disiplin tinggi yang dipamerkan barisan pertahanan negara berjaya mengelak daripada gawang Harimau Malaya dibolosi.



Bagaimanapun, pintu gol Harimau Malaya akhirnya bolos juga menerusi rembatan Ali Madan pada masa kecederaan, sekali gus menutup peluang untuk skuad negara merebut tiket ke pusingan 16 terakhir.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Tengku Fa-iz dilucutkan gelaran Tengku Mahkota Kelantan

Unsur ‘softporn’, Alya Iman dan Shukri ‘dibantai’ netizen



Fatiya Latiff dicium pula selepas dipeluk

SuriaFM dedah punca khidmat Tyzo ditamatkan



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker