Pasangan kekasih aktif pecah rumah dicekup

Pasangan kekasih aktif pecah rumah dicekup

SABAK BERNAM: Perintah sekatan buang daerah (PCO) tidak menghalang seorang lelaki untuk terus terlibat dalam kegiatan pecah rumah dan curi kenderaan bersama kekasihnya di sekitar daerah ini.

Pasangan berusia lingkungan 30-an itu dipercayai terlibat dalam sembilan kes sejak bulan lalu dan turut bersubahat dengan empat suspek lain, bagaimanapun kegiatan mereka terkubur selepas dicekup polis secara berasingan bagi membantu siasatan.



Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintenden Agus Salim Mohd. Alias berkata, hasil maklumat dan risikan pihaknya berjaya menahan wanita itu di sebuah rumah di Sungai Air Tawar di sini 25 Ogos lalu, yang kemudian membongkar kegiatan pecah rumah dilakukan bersama lima suspek lain termasuk teman lelakinya.

“Susulan itu, kita berjaya suspek utama yang masih menjalani PCO di sebuah rumah di Kluang, Johor pada 5 September lalu.

“Polis turut memberkas empat lelaki berusia lingkungan 17 hingga 54 tahun untuk tindakan lanjut,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sabak Bernam di sini, hari ini.

Jelas beliau, semakan pihaknya mendapati suspek utama mempunyai 43 rekod lampau berkaitan kes jenayah dan narkotik.



“Suspek menjalani PCO dari Kluang ke Sabak Bernam pada 20 Disember tahun lalu selepas terlibat dalam jenayah sama. Lelaki itu bagaimanapun didapati kembali aktif pada Ogos lalu dan melakukan jenayah bersama penduduk tempatan,” ujarnya.

Tambah Agus lagi, polis berjaya menyelesaikan enam kes pecah rumah dan tiga kes curi kenderaan sepanjang tempoh sebulan lalu.

“Pelbagai barang curi turut dirampas termasuk dua motosikal dan sebuah kereta Proton Wira Aeroback yang keseluruhannya berjumlah RM25,000.

“Hasil ujian air kencing mendapati empat daripada mereka termasuk pasangan kekasih itu positif dadah jenis Methamphetamine,” jelasnya.



Kes disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan dan Seksyen 15 (2) (f) Akta Pencegahan Jenayah 1959 kerana melanggar syarat pengawasan polis. Utusan

Pasangan kekasih aktif pecah rumah dicekup


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Tunai umrah untuk Ratu Elizabeth II

Rafizi nak tipu apa lagi? – Zahida



Shahidan tak dapat bezakan antara orang UMNO atau orang Shahidan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker