Polis tahan pemilik Facebook didakwa fitnah Setiausaha Sulit PM

Polis tahan pemilik Facebook didakwa fitnah Setiausaha Sulit PM

Seorang pemilik akaun Facebook direman tiga hari bagi membantu siasatan polis terhadapnya yang dipercayai memuat naik hantaran berbaur fitnah di laman sosial itu terhadap Setiausaha Sulit kepada Perdana Menteri.

Menerusi hantaran itu, Setiausaha Sulit kepada Perdana Menteri didakwa menggayakan barang kemas dan pakaian mewah.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz, berkata suspek, seorang lelaki berusia 48 tahun itu ditahan semalam dan direman tiga hari bermula hari ini hingga 17 September ini.

“Suspek seorang lelaki tempatan dan bekerja sendiri. Siasatan sedang dijalankan mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Siasatan turut dijalankan mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1995,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Sementara itu, peguam, Latifah Koya yang mewakili suspek memaklumkan, anak guamnya ditahan di rumah ibunya di Lembah Pantai kira-kira jam 10 malam tadi dan dibawa ke ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya.

Beliau yang dihubungi BH hari ini, memaklumkan anak guamnya itu tidak sewajarnya direman kerana sudah memberi kerjasama baik kepada siasatan polis.

“Kes ini adalah kes sivil dan polis tidak perlu meminta perintah reman terhadap anak guam saya, kerana dia sudah memberi kerjasama.

“Mereka boleh rekod saja kenyataannya kerana perbuatan yang didakwa dilakukan oleh anak guam saya itu bukan perbuatan yang mengancam keselamatan negara,” katanya. BH

Polis tahan pemilik Facebook didakwa fitnah Setiausaha Sulit PM


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Tunai umrah untuk Ratu Elizabeth II

Rafizi nak tipu apa lagi? – Zahida

Shahidan tak dapat bezakan antara orang UMNO atau orang Shahidan

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker