Budak lelaki conteng kereta guna gincu merah

KANAK-KANAK itu dirakam menconteng kereta putih sebelum melarikan diri. – Twitter

WASHINGTON – Sebuah klip video yang tular di media sosial Amerika Syarikat (AS) memaparkan seorang kanak-kanak lelaki melarikan diri setelah menconteng sebuah kereta menggunakan gincu merah, lapor stesen penyiaran NDTV.

Klip video yang dirakam di negeri New Jersey itu dimuat naik oleh seorang pengguna Twitter, Morissa Schwartz dalam akaunnya.

“Dia akan memiliki kedai kereta satu hari nanti,” demikian kapsyen pada video berkenaan.

Seorang kanak-kanak berbaju kuning kelihatan menconteng sebuah kereta putih menggunakan gincu merah.



Selepas aktivitinya diketahui oleh perakam, dia menaiki basikal tiga rodanya untuk melarikan diri dari tempat kejadian.

Kenakalan kanak-kanak itu menarik perhatian netizen di ruangan komen.

“Melihat kepada kenakalan kanak-kanak itu, dia akan membangunkan sebuah produk yang hebat dan berjaya pada masa hadapan,” kata seorang netizen.

“Silakan lari, lain kali guna pemutar skru,” komen netizen lain. – Agensi



 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Khairy tayang bakat main gitar (Video)

UFC 280: Anak buah Khabib, Islam Makhachev berjaya tumbangkan Juara Dunia [VIDEO]



Silap Saya Sebab Teruskan Walaupun Ibu Bapa Tak Restu- Abang Viva [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker