Wanita hon, menjerit di balai bomba kerana seekor ular

Wanita hon, menjerit di balai bomba kerana seekor ular

Seorang wanita membunyikan hon dan menjerit di kawasan bomba setelah melihat seekor ular keluar dari hadapan keretanya ketika memandu.

Menurut video yang dimuat naik oleh salah seorang anggota Balai Bomba dan Penyelamat Pudu, @zackzaini82, wanita itu ingin mendapatkan bantuan bagi mengeluarkan ular jenis sawa batik itu daripada bonet hadapan keretanya.



“Semua anggota sedang menikmati juadah makan malam, sehinggalah ada sebuah kereta datang ke kawasan bomba dengan membunyikan hon dan menjerit meminta tolong.

“Rupa-rupanya ada seekor ular keluar dari bonet hadapan. Mungkin ular tersebut tidak tahan panas selepas enjin telah lama dihidupkan. Sesiapa pun mesti akan risau jika ada ‘entiti’ asing yang menjelmakan diri di tempat dan masa yang tidak sesuai,” tulisnya di dalam kapsyen video itu.

Pesannya lagi, orang ramai dinasihatkan supaya membuat pemeriksaan di ruangan enjin, lebih-lebih lagi ketika musim hujan ini.

Sehingga kini video tersebut telah meraih 274,400 tontonan, 13,000 tanda suka dan 304 perkongsian.



Tinjauan di ruangan komen mendapati orang ramai kagum dengan wanita tersebut kerana sanggup memandu ke balai bomba untuk mendapatkan bantuan, serta memuji kepantasan anggota bomba untuk membantu dalam situasi cemas itu.

“Wah gigih wanita itu memandu sampai ke balai bomba, kalau saya mesti sudah tinggalkan kereta di tengah jalan,” seloroh seorang netizen.

“Terbaik abang bomba, dapat pada abang bomba cepat sahaja selesai masalah,” puji seorang netizen. K Online

Wanita hon, menjerit di balai bomba kerana seekor ular




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Agama, bangsa tak patut jadi isu dalam penubuhan kerajaan – Johari



Agong cadang kerajaan perpaduan PH-PN, Anwar setuju Muhyiddin tolak

Bakal pengantin ‘dirasuk’ roh, menari tarian Jawa



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker