Kes DSP dituduh bunuh Zaharif, petugas media kecewa sekatan buat liputan

Kes DSP dituduh bunuh Zaharif, petugas media kecewa sekatan buat liputan

IPOH: Petugas media kecewa kerana tidak dibenarkan membuat liputan secara bebas pertuduhan bunuh membabitkan tertuduh, pegawai kanan polis berpangkat deputi superintendan (DSP) di Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

Mereka berkumpul di kawasan mahkamah seawal jam 7.30 pagi tadi menunggu ketibaan pegawai polis terbabit susulan kes kematian pelajar, Muhammad Zaharif Affendi Muhd Zamrie, 17, yang mendapat liputan meluas media.



Kumpulan anggota polis dilihat berkawal di perkarangan kawasan Mahkamah Ipoh sebelum enam kenderaan polis bercermin gelap, tiba di kawasan kompleks mahkamah.

Jurugambar media tidak dibenarkan memasuki halaman mahkamah kecuali petugas agensi berita rasmi, BERNAMA dan ketika seorang individu dengan tangan bergari dibawa ke dalam mahkamah, bahagian wajah dilindungi jaket hitam hingga menutup keseluruhan muka.

Individu berkenaan yang mengenakan baju T warna putih dan berseluar hitam, juga dibawa keluar dengan pantas diiringi lima kenderaan lain, sebaik saja selesai pertuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan di Mahkamah Majistret Ipoh.

Pada prosiding dalam mahkamah, BERNAMA melaporkan seorang pegawai kanan polis, Mohd Nazri Abdul Razak, 44, didakwa melakukan bunuh dengan menyebabkan kematian Muhammad Zaharif Affendi di Jalan Taman Jati 1, berhampiran SMK Jati, antara jam 12.05 hingga 12.40 tengah hari, 15 Disember lalu.



Agensi berita itu juga melaporkan pegawai kanan polis berkenaan turut memasuki mahkamah sambil kepala ditutup dengan kain, berbaju putih dan berseluar hitam sebelum dihadapkan di hadapan Majistret S Punitha.

Tertuduh berdepan hukuman mati atau penjara minimum 30 tahun dan tidak melebihi 40 tahun, dan jika tidak dihukum mati hendaklah juga dihukum dengan tidak kurang daripada 12 sebatan, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Azlina Rasdi; Khairul Azreem Mamat, Wan Azimah Yaakob, Afzainizam Abdul Aziz, Saiful Akmal Mod Said, Nasrul Hadi Abdul Ghani, JS Geetha dan Low Qin Hui.

Tertuduh diwakili peguam, Jacky Loi Yap Loong. BH



Kes DSP dituduh bunuh Zaharif, petugas media kecewa sekatan buat liputan

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Jeslina Hashim bakal kahwin kerabat diraja



Mati pucuk, dapat P-Shot, Zainal dah cuba

Nelydia Senrose berbadminton tanpa tudung



Tok Mat makin gah



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker