Suami isteri berlagak samseng jalanan ditahan

Suami isteri berlagak samseng jalanan ditahan

Bukit Mertajam: Pasangan suami isteri yang dipercayai mengganggu pemanduan pengguna jalan raya dengan menakutkan penunggang motosikal di Jambatan Pulau Pinang sehingga video perbuatan mereka tular di media sosial ditahan polis.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah Asisten Komisioner Helmi Aris berkata, pihaknya mengesan suspek selepas melihat video tular kira-kira 12.30 tengah malam tadi.



“Di dalam video tular itu, suspek (pembonceng wanita) membaling objek dipercayai pasir dan cuba menendang pengguna motosikal yang ingin memotong motosikal (ditunggangi suaminya).

“Polis menahan suspek lelaki berusia 50-an penunggang dan pembonceng wanita 30-an di sebuah premis di Georgetown hari ini untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataannya, hari ini.

Mengulas lanjut, Helmi berkata semakan yang dibuat mendapati kedua-dua suspek mempunyai tiga rekod lampau berkaitan jenayah pada 2021 dan 2023.

“Kedua-dua suspek akan dibawa untuk mendapatkan perintah reman di Mahkamah Majistret Bukit Mertajam esok bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan.



“Kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah di talian 04-538 2222 atau tampil ke mana-mana balai polis berhampiran. HM

Suami isteri berlagak samseng jalanan ditahan

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Benarkah Fatiya Latiff dibuang keluarga?

Rafizi dan Tony adalah kembar “Raja Formula Temberang”



Tengku Zafrul bidas Isham, tak tahu jangan pandai komen

Kalau tak dapat, saya naik hantu – Nabila Huda



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker