Langgar kereta secara sengaja dan minta wang, polis pelaku

Polis menerima satu laporan berhubung lelaki yang didakwa sengaja menyebabkan kemalangan jalan raya dengan niat mahu meminta sejumlah wang, kononnya sebagai ganti rugi daripada pemilik kereta yang terbabit.

Lelaki itu didakwa kerap mencetuskan kemalangan sekitar bandaraya, Jalan Masjid Negeri, Bukit Gambir, Taman Lip Sin serta Taman Tun Sardon.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Razlam Ab Hamid, berkata lelaki itu kini masih diburu polis susulan aduan yang diterima daripada orang awam pada Disember lalu.



“Setakat ini satu laporan diterima berhubung kejadian itu dan usaha menjejak suspek berkenaan masih dijalankan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan iaitu menipu,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Terdahulu, tular di media sosial beberapa gambar dan video memaparkan lelaki berkenaan yang juga penunggang motosikal sengaja mencetuskan kemalangan dengan bertindak melanggar kereta dan mendakwa kesalahan itu berpunca daripada pemilik kenderaan terbabit.

Susulan pelanggaran itu, penunggang motosikal berkenaan dikatakan meminta ganti rugi antara RM20 hingga RM60 daripada pemilik kereta dengan alasan cermin sisinya patah dalam insiden terbabit.



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Rayuan jangan boikot Starbucks, netizen ‘sekolahkan’ Vincent Tan



Toshiba bakal muflis?

Ajai tolak berduet dengan Nourul, dah tak ada rasa katanya,



Elly menggigil dicabul ustaz



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker