Sudahlah Amy – Amir Ukays

Sudahlah Amy – Amir Ukays

Penyanyi kumpulan Ukays, Amir meminta bekas anggota kumpulan terbabit iaitu Amy yang bergerak menggunakan nama Ukays agar memikirkan semula keghairahan menghasilkan ‘content’ atau kandungan memalukan di media sosial.

Amir berkata, peminat juga sudah tahu itu hanya ‘permainan’ Amy yang bertujuan menarik ‘rating’ untuk menonton video yang dimuat naik.



“Dia sedar tak apa dia buat? Kalau orang dah boleh agak itu hanya ‘content’, maka setakat itulah saja. Pada saya, nama UK’s sudah tak perlu diperkenalkan lagi.

“Nak bagi jadi besar lagi, tak perlulah buat yang bukan-bukan. Tak perlu lagi dah. Kalau dia yakin dengan nama itu, jalan (teruskan). Macam saya, kami yakin sangat dengan UK’s dan itu sebabnya kami teruskan.

“Tak perlulah nak buat benda-benda bodoh kerana ini bukan lagi tahap kita. Siapa kita nak buat semua ‘content’ begini,” katanya.

Terdahulu, Amy menerusi Instagram memuat naik video dia cuba menggandingkan bekas penyanyi mereka, Adylan dengan penyanyi terkini bernama Coot untuk rakaman sebuah lagu.



Bagaimanapun, mereka digambarkan ‘berperang dingin’ tidak menyukai satu sama lain, sehingga menimbulkan tekanan kepada Amy untuk menyiapkan projek ini.

Mengulas lanjut, Amir berkata, segala-galanya terserah kepada Amy jika memikirkan ini boleh membawa kejayaan kepada mereka.

“Tapi kalau berjaya pun mereka nak ke mana? Adakah mereka boleh pergi seperti yang kami pergi? Kami bukan nak bangga diri tapi itulah yang kami lalui dan kami boleh tahu UK’s memang ada peminat.

“Tapi bila dirojakkan dengan kewujudan pelbagai nama Ukays memanglah satu perkara yang merosakkan. Saya pun tak faham. Saya anggap biarlah mereka dengan cara mereka.



“Kita tengok saja sampai tahap mana mereka boleh pergi. Saya tiada kuasa nak menghalang. Mereka dengan cara mereka dan kita dengan cara kita. Tidak memerlukan perkara yang bukan-bukan,” katanya.

Menurutnya, kekuatan UK’s terletak kepada dirinya sebagai penyanyi dan ia tidak perlu dipertikaikan.

“Pada saya mudah saja. Ibarat macam kita mengaku hak orang lain itu hak kita, tidakkah ada perasaan malu? Walaupun mereka dakwa diterima, tengoklah persembahan yang macam mana.

“Itu persembahan percuma, tentulah peminat akan datang walaupun tanpa Amir. Tapi persoalannya, mereka nak ke tahap mana? Kalau dia ada angan-angan nak bawa Ukays ke tahap tertinggi okeylah.



“Tapi sedikit sebanyak perasaan keliru itu tetap ada sampai bila-bila. Bila sebut nama UK’s orang tak tahu yang mana satu. Samalah seperti konsert Pesta Pulau Pinang selepas ini.

“Penganjur tak berani letak nama UK’s kerana nanti orang keliru. Mereka letak nama Amir UK’s,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, UK’s bergabung dengan Slam menjayakan Concert UK’Slam Musical pada 3 Februari tahun depan.

Konsert anjuran Bombbay Legend Worldwide bersama AmirUKs Entertainment akan berlangsung di Stadium Malawati, Shah Alam. HM



Sudahlah Amy – Amir Ukays

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Jeslina Hashim bakal kahwin kerabat diraja



Mati pucuk, dapat P-Shot, Zainal dah cuba

Nelydia Senrose berbadminton tanpa tudung

Tok Mat makin gah

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker