Jangan tepuk tangan terhadap musibah menimpa Najib – Khairuddin

Jangan tepuk tangan terhadap musibah menimpa Najib – Khairuddin

Rakyat dinasihatkan tidak bertepuk tangan atau bergembira dengan musibah yang menimpa bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ahli Parlimen Kuala Nerus, Datuk Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali berkata, Islam tidak mengajar umatnya menghina seseorang yang dijatuhkan hukuman hingga melupakan segala penghormatan dan jasa individu berkenaan.



“Saya turut bersedih dengan ujian yang berlaku terhadap Najib dan yakin beliau mampu tabah, sabar serta meneruskan perjuangan.

“Namun, saya melihat ada kalangan pimpinan parti pembangkang yang mula berseronok dengan pelbagai kenyataan, tetapi, jangan lupa, beberapa pimpinan mereka juga sedang berhadapan dengan kes di mahkamah,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Semalam, panel lima hakim yang diketuai Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat sebulat suara mengekalkan sabitan salah yang dikenakan terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam kes penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn. Bhd.

Mahkamah turut mengekalkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta yang dikenakan terhadap Najib sebelum ini.



Menurut Mohd. Khairuddin, masyarakat perlu menghormati hak Najib untuk melakukan apa sahaja tindakan undang-undang yang wajar bagi mempertahankan diri dan maruahnya termasuk menerusi ruang pengampunan diraja. Utusan

Jangan tepuk tangan terhadap musibah menimpa Najib – Khairuddin


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Suami Tengku Maimun buat hantaran negatif, bimbang pengaruhi keputusan pertuduhan – Najib

Amelia Henderson Terlalu Seksi, Peminat Doa Ada Lelaki Boleh Bimbingnya



Penyanyi Lelaki Selamba Cium BCL Atas Pentas Dikecam Netizen

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker