Sarjan Mejar dan koperal ‘ditangkap basah’ ditukar jabatan serta merta

Polis Pulau Pinang mengarahkan dua anggotanya yang ditahan dalam operasi Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP), kerana disyaki berkhalwat semalam, ditukarkan jabatan serta-merta.

Selain itu, kedua-dua anggota yang masing-masing berpangkat sarjan mejar dan koperal itu turut dikenakan tindakan tatatertib oleh Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang.

Pemangku Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohamed Usuf Jan Mohamad, berkata ketika ditahan, dua anggota terbabit bertugas di Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Barat Daya.



“Arahan bertukar jabatan sudah dikeluarkan serta-merta dan tindakan tatatertib diambil oleh Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Semalam, media melaporkan dua penjawat awam berusia 37 tahun itu ditahan JHEAIPP dalam serbuan jam 1.30 pagi, di sebuah hotel di Tanjung Tokong, di sini.

Serbuan dilakukan selepas suami kepada wanita terbabit membuat aduan kepada JHEAIPP yang mengesyaki pasangan itu bersekedudukan.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Rayuan jangan boikot Starbucks, netizen ‘sekolahkan’ Vincent Tan



Toshiba bakal muflis?

Ajai tolak berduet dengan Nourul, dah tak ada rasa katanya,



Elly menggigil dicabul ustaz

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker