Wanita cedera, gas LPG meletup ketika hendak masak

Wanita cedera, gas LPG meletup ketika hendak masak

TASEK GELUGOR – Seorang wanita cedera selepas tong gas petroleum cecair (LPG) meletup di rumahnya di Taman Sena Permai, Pokok Sena di sini, hari ini.

Kejadian jam 8 pagi itu menyebabkan hampir keseluruhan struktur rumah teres dua tingkat itu mengalami kerosakan.



Selain itu, kereta serta motosikal yang ditempatkan di ruang hadapan rumah tersebut turut mengalami kerosakan.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tasek Gelugor, Pegawai Bomba Kanan II, Mohamad Hazam Hassan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 8.13 pagi sebelum bergegas ke lokasi bersama jentera.

“Setibanya di lokasi, kita dapati seorang wanita berusia 26 tahun yang mengalami kecederaan sudah dibawa keluar oleh jiran.

“Mangsa juga dihantar ke Hospital Kepala Batas untuk rawatan lanjut.



“Susulan itu, kami melakukan kerja-kerja pemantauan dan kawalan agar tiada letupan berlaku lagi,” katanya kepada MalaysiaGazette hari ini.

Mengulas lanjut beliau berkata, hasil siasatan lanjut mendapati, rumah tersebut didiami tiga individu terdiri daripada mangsa, adik lelaki serta isterinya.

“Berdasarkan keterangan awal ahli keluarga itu, ketika kejadian mereka sedang tidur manakala kakaknya dipercayai turun ke bawah untuk melakukan rutin memasak sebelum dikejutkan dengan bunyi letupan.

“Punca dan anggaran kerugian masih dalam siasatan,” katanya. MG



Wanita cedera, gas LPG meletup ketika hendak masak


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


‘Content’ melampau! Sebagai mentor Raja Viral, Pak Nil kesal



Muhyiddin geram! Tindakan akan diambil kepada bekas Ahli Parlimen Bersatu Sabah

Bersatu akan tetap ‘mati’ di Sabah



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker