Budi UMNO Muhyiddin balas dengan “scheme of things” hancurkan UMNO

Oleh Norzahira

PERUMPAMAAN yang tepat untuk Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah “Bagai melepas anjing tersepit”. Muhyiddin sangat sinonim dengan pengkhianat.

Beliau tidak mungkin mampu jadi Perdana Menteri ke 8 sekiranya UMNO tidak menyokong Muhyiddin pada awal tahun 2020.

Malangnya sokongan UMNO tersebut dikatakan dibalas pula dengan perancangan jahat Muhyiddin “scheme of things” untuk menyogok pemimpin-pemimpin parti dengan tujuan “makan” UMNO atau lebih tepat hancurkan parti keramat tersebut biarpun UMNO menyokong dia ketika itu.

Betapa “bangsat”nya manusia bernama Muhyiddin ini.

Oleh itu, apabila Muhyiddin bercakap berkenaan “kenang budi” maka rakyat hanya mentertawakan beliau.

Parti Muhyiddin Bersatu kononnya amat terkesan dengan pemimpin-pemimpin GRS keluar Bersatu. Malah Muhyiddin mengecam mereka sebagai tidak setia. Beliau juga menuduh mereka tak kenang budi kepada Muhyiddin dan Bersatu.

Mereka lupa bahawa Pemimpin-pemimpin GRS ini sebenarnya wakil Rakyat dari UMNO yang lompat keluar parti untuk tubuh Bersatu Sabah. Ketika itu, Muhyiddin tidak pula kecam mereka tidak setia pada parti. Ini kifarah.

Untuk makluman, sehingga hari ini, Muhyiddin tidak pernah memberi sebarang komen mengenai rakaman “scheme of things” perancangan jahat beliau untuk hancurkan UMNO. Sebagaimana kita tahu “Geng Broker” turut terlibat dalam perancangan jahat tersebut.

[videopress eFEoT6WG]

Oleh itu, bagi mereka atau parti atau individu yang telah banyak makan “budi” berjuta-juta ringgit dari Muhyiddin, anda tidak perlu patuh kepada manusia yang hidupnya penuh dengan pengkhianatan kerana bila-bila masa sahaja anda akan jadi mangsa seterusnya. Kifarah itu pasti. Itu janji Allah s.w.t.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


‘Content’ melampau! Sebagai mentor Raja Viral, Pak Nil kesal

Muhyiddin geram! Tindakan akan diambil kepada bekas Ahli Parlimen Bersatu Sabah

Bersatu akan tetap ‘mati’ di Sabah

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker