Debat Najib-Anwar, Tok Mat anggap hanya membuang masa

Biarpun ‘sekapal’ namun penganjuran debat antara dua figura politik negara iaitu Datuk Seri Najib Razak dengan ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim seolah-olah tidak disambut baik Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan.

Bagi Mohamad, penganjuran debat seumpama itu dilihat hanya membuang masa sedangkan isu kesejahteraan rakyat perlu lebih diutamakan.

Malah, beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau itu tidak tahu menahu mengenai debat antara dua pemimpin berkenaan.



“Saya tidak tahu menahu tentang itu (debat), bagi saya debat-debat ini membuang masa sahaja.

“Buat apa mahu berdebat-debat yang penting kita bersama bersetuju untuk melihat supaya kesejahteraan dan kepentingan rakyat itu menjadi keutamaan.

“Kita berdebat menang kalah itu cerita lain, apa gunanya berdebat tetapi rakyat masih lagi terbeban dan kesejahteraan mereka masih tidak mendapat perhatian,” katanya seperti dilaporkan portal tempatan, hari ini.

Debat Perdana antara bekas Perdana Menteri dan Presiden PKR itu akan berlangsung pada 12 Mei depan di Dewan Tunku Canselor, Universiti Malaya (UM).



Dalam sidang media bersama Pengarah Komunikasi Pakatan Harapan (PH), Fahmi Fadzil dan Ketua Penerangan Barisan Nasional (BN) semalam berkata, debat itu dijangka diadakan selama dua jam mulai jam 9 malam dan boleh disaksikan secara fizikal atau melalui saluran media.

Katanya, format debat merangkumi tiga bahagian berhubung isu Sapura Energy Berhad (SEB), masa depan Malaysia dan sesi soal jawab.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Anak angkat celah mana?, Nurulhidayah nafi dakwaan warganet



Biawak Bengal Di Rogol, Empat lelaki Ditahan

Peniaga ‘Mee Tonggek’ Boleh Berniaga Semula Dengan Syarat



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker