Hala tuju UMNO dalam PN ditentukan malam ini

Hala tuju UMNO dalam PN ditentukan malam ini. Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO akan mengadakan mesyuarat secara maya malam ini bagi menentukan hala tuju parti itu dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Ahli MKT UMNO, Datuk Jalaluddin Alias berkata, mesyuarat MKT itu dijangka akan bermula pada jam 8.30 malam.

“Mungkin (hala tuju parti dalam kerajaan PN) sebahagian daripada agenda mesyuarat,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Rabu.



Beliau menambah, semua ahli MKT akan hadir dalam mesyuarat yang akan diadakan itu.

Jumaat lalu, dilaporkan beberapa Ahli Parlimen UMNO telah mengadakan pertemuan di sebuah banglo berhampiran Jalan Bellamy, Kuala Lumpur.

Ia berikutan khabar angin mengatakan parti itu akan menarik sokongan daripada PN.

Mesyuarat tertutup Zahid, Ismail Sabri selesai



Pada Isnin, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Naib Presiden, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob didakwa menyertai mesyuarat yang diadakan secara tertutup di Wisma Perwira, Kementerian Pertahanan.

Perbincangan tersebut dikatakan mengenai keputusan Ahmad Zahid yang akan menarik diri daripada PN minggu ini.

Menurut sumber, keputusan menarik diri daripada PN adalah tidak sesuai memandangkan negara ketika ini sedang melawan pandemik yang memberi impak negatif kepada ekonomi dan rakyat.

Hala tuju UMNO dalam PN ditentukan malam ini


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU


UMNO tidak dilantik TPM modal Zahid ajak keluar PN kata Nazri



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker