Dua pelajar pondok mandi sungai dikhuatiri lemas

KOTA BHARU – Kegembiraan 10 pelajar lelaki sebuah pondok yang mandi di Sungai Machang, Limbat di sini berakhir tragedi apabila dua daripada mereka dikhuatiri lemas petang tadi.

Mangsa yang dikenali sebagai Mohd. Hafiz,17, dan Mohd. Lokman, 18, disedari hilang oleh rakan mereka, Abid Ataullah, 15, yang hanya melihat rakan-rakannya sedang mandi di tebing sungai berkenaan.

Abid ketika ditemui pemberita berkata, dia terkejut selepas terdengar bunyi dua daripada rakannya menjerit dengan tangan mereka melambai-lambai meminta pertolongan.



Menurutnya, menyedari dua rakan sudah hampir tenggelam, tujuh lagi rakan yang berada di dalam air terus berenang ke tebing sungai untuk menyelamatkan diri.

“Saya bersama rakan-rakan yang lain terus meminta bantuan penduduk kampung sebelum menghubungi bomba,” katanya.

Difaham, jarak pondok pengajian kesemua pelajar-pelajar itu dengan sungai berkenaan terletak kira-kira 200 meter.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Tumboh, El Tharaff Mohd. Zachariah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 7.16 petang sebelum bergegas ke lokasi kejadian untuk operasi mencari dan menyelamat mangsa.



Katanya, sebaik tiba ke lokasi seramai lapan anggota telah melakukan selaman untuk mencari mangsa dan operasi turut dibantu 15 anggota polis.

“Berdasarkan maklumat, kali terakhir kedua-dua mangsa dilihat di dalam sungai kira-kira pukul 6.45 petang tadi.

“Setakat ini, operasi mencari dan menyelamat mangsa masih giat dijalankan,” katanya ketika dihubungi sebentar tadi.

 



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Pemain Harimau Malaya rai kejayaan di kelab malam tular (Video)



Wajah kacak penjaga gol Harimau Malaya dipuji, persis pelakon Thai

Ramai lagi berjoget, tayang payudara, kenapa serang saya saja? – Ifa Raziah



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker