Bila Peguam Negara dan Ketua Hakim Negara Baru Akan Dilantik?

Oleh Norazahira

ISU pendakwaan terpilih dan pemimpin politik dinafikan perbicaraan yang adil dikatakan masih terus berleluasa sejak kerajaan Pakatan Harapan Mahathir, kerajaan Muhyiddin dan kerajaan Ismail Sabri memerintah.

Memandangkan Peguam Negara dan Ketua Hakim Negara “diwarisi” dari kerajaan tersebut maka keadaan sistem kehakiman dan keadilan negara masih berada ditahap yang membimbangkan.



Persoalannya bilakah agaknya Peguam Negara baru akan dilantik? Pengguguran kes Shahril Samad adalah bukti bahawa terlalu banyak kezaliman berlaku di zaman Tommy Thomas.

Rakyat mengesa agar Peguam Negara sekarang bercuti awal sebelum kontrak tamat. Keadilan tidak boleh ditangguh. Kes Shahril berjalan hampir tiga tahun. Ia kezaliman yang tidak boleh dibayar.

Reformasi institusi kehakiman mesti disegerakan

Isu penukaran Ketua Hakim Negara turut mrndapat perhatian rakyat. Mereka mahu Ketua Hakim Negara turut ditukar.



Realiti terkini, rakyat berada dalam keadaan ketakutan pada Ketua Hakim Negara yang dikatakan menafikan perbicaraan yang adil pada Datuk Seri Najib Tun Razak. Mereka takut cara perbicaraan dilaksanakan Maimun yang dilihat sebagai tidak berapa adil. Rakyat takut tidak dapat perbicaraan adil seperti kes Datuk Seri Najib.

Maimun dipilih oleh Mahathir sebagai Ketua Hakim. Banyak persoalan timbul bila cara perlantikan itu didedah oleh Tommy Thomas dalam memoirnya. Itu memang menakutkan juga.

Malah rakyat turut mempersoalkan adakah tindakan mendesak Hakim Nazlan menarik diri daripada menghakimi kes SRC Datuk Najib dianggap menakut- nakutkan hakim sedangkan Hakim Nazlan dikatakan ada konflik kepentingan.

Bangkai gajah tidak akan mampu ditutup selama-lamanya.



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker