Gentar dituduh terlibat dengan penggubahan wang haram, bekas isteri pemimpin negara rugi RM2 juta

PETALING JAYA: Bekas isteri seorang pemimpin negara kerugian kira-kira RM2 juta apabila ditipu sindiket penipuan ‘phone scam’ baru-baru ini.

Difahamkan, wanita berusia 60-an itu menerima panggilan telefon daripada individu yang menyamar pegawai polis pada Ogos tahun lalu.

Menurut sumber, individu itu mendakwa kononnya mangsa terbabit dengan aktiviti pengubahan wang haram dan diminta memberikan kerjasama



“Mangsa menafikan tuduhan itu tetapi suspek dikatakan meminta mangsa berhubung pula dengan pegawai lain bagi tindakan lanjut.

“Suspek dikatakan menggunakan pelbagai taktik psikologi untuk memperdaya mangsa melalui beberapa siri perbualan sehingga akhirnya menyebabkan mangsa terperangkap sehingga kerugian RM2 juta,” katanya di sini hari ini.

Tambah sumber, mangsa yang menyedari ditipu, tampil membuat laporan di Balai Polis Tun Razak dekat sini, Selasa lalu.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK), Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf mengesahkan menerima laporan terbabit.



Beliau berkata, siasatan lanjut sedang dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.-

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

 

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ini sebab Mamat tidak hadir majlis pernikahan Shuib

Bangun Pagi Dah Ada Husband – Watie



Shuib tak jemput Sepahtu ke majlis nikah?

Shuib tersalah sebut nama isteri



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker