PU Syed Tegur Abby Abadi Dedah Aib Bekas Suami
Cetus Pelbagai Reaksi Netizen!
PU Syed Tegur Abby Abadi Dedah Aib Bekas Suami
Pendakwah bebas, PU Syed tampil memberikan teguran terhadap pelakon, Abby Abadi yang dikatakan telah membuat pelbagai pendedahan mengenai aib bekas suaminya yang juga seorang pelakon di media sosial baru-baru ini.
PU Syed menerusi hantaran di Instagram, menyifatkan perang di antara kedua-dua bekas pelakon drama Gerak Khas menyebabkan ramai orang mengetahui keaiban mereka berdua.
“Perang antara dua mantan pelakon Gerak Khas dengan bekas suaminya itu telah menyebabkan pelbagai keaiban didedahkan. Jika wujud ketidakpuasan hati antara kalian berdua, jangan tarik netizen untuk menghakiminya.
Video-video dengan kisah yang tak bagus telah keluar yang menyebabkan semua orang yang tak tau keaiban kalian menjadi tahu.
Dari satu babak ke satu babak sudah terdedah. Saya nasihatkan cukup-cukuplah. Jangan jadikan kisah hidup kalian seperti episod drama Gerak Khas yang panjang berjela-jela tu.”-tegur PU Syed di Instagram
View this post on Instagram
Pelbagai Reaksi Netizen
Teguran PU Syed mencetuskan pelbagai reaksi netizen di ruangan komen, malah ada yang berpendapat pelakon tersebut telah memendam terlalu lama menyebabkan dia bertindak sedemikian di media sosial.
“Ustaz kena faham dia dah lama pendam, tak tahu nak luah kat mana.”
“Geng-geng backup Norman H ke tu. Patutnya Ustaz kena faham akan seorang isteri dan seorang ibu yang dah lama sengsara. Susah lah kalau asyik bandingkan cerita dengan orang lain jer. Wanita tu pun ada hak untuk bersuara. Sepatutnya kita bersimpati bukan menghakimi.”
“Mungkin itu saja cara yang tinggal untuk Puan Abby dapatkan hak yang dah tertangguh selama 17 tahun. Saya ulang, 17 tahun ya. Kita tak ada dalam kasut dia.”
“Saya wanita sokong Ustaz, aib family jangan dicanang, bawalah bincang baik-baik agar semua hati terjaga.”
PU Syed Tegur Abby Abadi Dedah Aib Bekas Suami
DISYORKAN UNTUK ANDA :
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Apakah Akan Ada Pertandingan Jawatan Timbalan Presiden PKR?
You must be logged in to post a comment.