Kipas jadi makmum: Tindakan kurang pengetahuan dan mempersendakan agama

SEREMBAN: Tindakan segelintir pihak yang mempermainkan ibadat solat dengan menjadikan kipas sebagai makmum dianggap sebagai tindakan individu yang kurang pengetahuan dalam ilmu agama.

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, sehubungan itu setiap umat Islam perlu mempelajari ilmu agama termasuk memahami fiqh solat.

“Sewajarnya kita mempelajari ilmu agama dan memahami fiqh solat seperti imam, makmum yang perlu memahami syarat-syarat solat. Apabila seseorang hendak melakukan ibadat perlu belajar ilmu dalam Islam tentang fardu ain dan kafarah solat.



“Merujuk kepada isu ini, tindakan tersebut adalah tidak betul. Apabila membabitkan agama tanya para mufti, imam, para guru yang berkecimpung sehingga dapat menemukan jawapan serta dapat melaksanakan sebaiknya tanpa mengikut hawa nafsu.

“Mereka yang beribadat perlu selalu bertanya dan sekiranya mereka tidak mempunyai ilmu maka banyak kelemahan dan kesilapan yang akan dilakukan. Ia bagi memastikan kesemuanya mengikut landasan yang betul,” katanya.

Beliau yang juga Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) ditemui pemberita pada Majlis Pasca Raya Aidilfitri USIM di Nilai di sini hari ini.

Baru-baru ini timbul isu di media sosial berhubung trend bersolat bersama kipas di mana kipas itu dipakaikan telekung atau pakaian solat lelaki bagi menunjukkan kipas tersebut adalah makmum atau imam kononnya adalah pasangan hidup mereka. – UTUSAN



Kipas jadi makmum: Tindakan kurang pengetahuan dan mempersendakan agama

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Annuar Musa akui ‘ingkar’ pada kehendak Pengerusi BN

Ajal Ketika Tukar Tayar Kereta Pancit, Dua Maut Di Rempuh Lori [VIDEO]



 

Glamor, nama sahaja tak cukup, Norman takkan masuk politik



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker