Ganja: Bekas diplomat, anak didakwa

.

ZAINAL Abidin Alias (baju putih) dan anaknya, Mohamed Riza didakwa di Mahkamah Majistret Bentong di Bentong, Pahang atas tuduhan memiliki dan mengedar dadah.

BENTONG: Bekas diplomat Malaysia berstatus Datuk bersama anaknya yang diberkas polis selepas disyaki memiliki ladang ganja didakwa di Mahkamah Majistret Bentong hari ini atas tuduhan memiliki dan mengedar dadah.

Tertuduh, Zainal Abidin Alias, 78, dan anaknya Mohamed Riza, 53, didakwa di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 yang boleh dijatuhi hukuman gantung sampai mati dan Seksyen 9 ADB yang boleh dipenjara tidak lebih lima tahun atau denda tidak lebih RM20,000 atau kedua-duanya sekali.

Mohamed Riza turut didakwa dibawah Seksyen 15(1)(a) ADB 1952 yang boleh dikenakan denda tidak lebih RM5,000 atau penjara tidak lebih dua tahun.



Tiada pengakuan direkodkan daripada kedua-dua tertuduh selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Shahrul Ekhsan Hashim.

Menurut kertas pertuduhan, kedua-dua tertuduh didakwa mengedar dadah berbahaya disyaki jenis ganja seberat 1,020 gram di Lot 5718 Kampung Sum Sum Hilir Janda Baik di Bentong pada pukul 6.10 petang 21 Mei lalu.

Bagi kesalahan tersebut, kedua-dua tertuduh didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 39B(1)(a) ADB 1952 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta yang sama dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Kedua-dua tertuduh juga pada waktu dan tarikh yang sama didakwa menyimpan minyak ganja seberat 60 mililiter yang boleh dihukum di bawah Seksyen 9(1)(b) ADB 1952 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 9(2) akta yang sama dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.



Mohamed Riza turut dituduh menggunakan dadah jenis ’11-nor-delta-9-tetrahydrocannabinol-9-carboxylic acid’ dengan cara salah dan melakukan kesalahan di bawah Seksyen Seksyen 15 (1) ADB 1952 dan dibaca bersama Seksyen 38 B ADB.

Pendakwaan dikendalikan Pengarah Pendakwaan Negeri Pahang, Mohammad Khalid Ab. Karim bersama Tuan Hayda Faridzal Abu Hasan dan S. Punitha manakala tertuduh diwakili peguam Rahmat Hazlan, Tania Scivetti dan Kamil Azman.

Mahkamah tidak menawarkan jaminan dan kes disebut semula 13 Jun depan

 



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Annuar Musa akui ‘ingkar’ pada kehendak Pengerusi BN



Ajal Ketika Tukar Tayar Kereta Pancit, Dua Maut Di Rempuh Lori [VIDEO]

 



Glamor, nama sahaja tak cukup, Norman takkan masuk politik

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker