Mohib disaran jumpa pakar psikiatri – Mufti P. Pinang

Mohib disaran jumpa pakar psikiatri – Mufti P. Pinang

Malaysia tidak memerlukan sumbangan pendakwah asing untuk memberi pencerahan mengenai selok belok ajaran Islam yang dibimbangi boleh memburukkan lagi keadaan.

Demikian tegas Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor ketika diminta mengulas penceramah luar, Mhd Mohib Khouli Nazem yang diputuskan membawa ajaran sesat ke negara ini.



Menurut Wan Salim, kehadiran penceramah luar negara dibimbangi boleh memburukkan suasana di negara ini apabila pandangan mereka bercanggah dengan kefahaman majoriti masyarakat Islam di sini yang sudah diterima pakai sejak sekian lama.

Kata beliau, bagi orang berilmu mungkin tiada masalah untuk menerima kepelbagaian pandangan dalam Islam tetapi kepada masyarakat awam, sebarang pandangan berbeza boleh menghuru-harakan keadaan.

“Walaupun pada prinsipnya ajaran Islam adalah sama di seluruh dunia namun ia mempunyai penerapan ajaran agama itu ke dalam kehidupan masyarakat nusantara yang digabung dengan adat budaya tempatan tersendiri.

“Dalam jangka panjang perbezaan pandangan tersebut dibimbangi boleh menggugat perpaduan umat Islam di negara ini malah, ia berpotensi mewujudkan golongan merbahaya seperti Daesh yang menghalalkan nyawa dan darah umat Islam yang tidak sama fahaman dengan mereka.



“Selain itu, jika seorang Muslim tidak percaya kepada ulamak maka dia akan kehilangan golongan yang dirujuk dalam hal ehwal agama sekali gus akan mentafsir ajaran Islam mengikut fikiran sendiri yang boleh menimbulkan kefahaman bercelaru sehingga menjadi punca perbalahan dan permusuhan sesama umat Islam,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, Wan Salim berkata, perbezaan mazhab fiqah juga menyumbang kepada perbezaan kefahaman agama dan penghayatannya antara masyarakat Islam tempatan dengan saudara mereka di negara lain.

“Sudah maklum bahawa mazhab yang diikuti di nusantara adalah mazhab Syafi’i manakala di negara lain mengikut mazhab yang dominan iaitu Hanafi atau Hambali.

“Sehubungan itu, masyarakat awam di negara ini dinasihatkan agar tidak mudah terpengaruh dengan pandangan individu seperti Mhd Mohib.



“Umat Islam negara ini juga diminta merujuk kepada pihak berkuasa agama di negeri masing-masing jika ada individu yang mengeluarkan pandangan pelik terutama menyalahi kefahaman dan amalan masyarakat Melayu selama ini,” katanya.

Tambah Wan Salim, negara sudah mempunyai ramai pendakwah dan penceramah agama yang mampu mengisi keperluan program keilmuan Islam.

Sehubungan itu, beliau bersetuju individu seperti Mhd Mohib dilarang menyampaikan pandangannya sama ada di masjid, surau mahupun menerusi platform media sosial.

“Mhd Mohib banyak mengkritik alim ulama tempatan malah memperlekehkan mufti dan lazimnya, seorang alim tidak berkelakuan sedemikian sebaliknya bersifat rendah diri serta menghormati pihak lain.



“Jadi, saya sarankan supaya lelaki ini berjumpa dengan pakar psikiatri kerana dia dilihat seperti mempunyai masalah berkait kesihatan mental,” katanya. MG

Mohib disaran jumpa pakar psikiatri – Mufti P. Pinang

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Batalkan konsert Coldplay? Tiket tak beli bolehlah

‘Tangan tak dapat angkat gelas, kaki lemah, muka herot’ – Esma Daniel



Rusdi Ramli, Sharon berpisah?

Nak maki sampai bila – Ali Puteh

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker