Buat bayaran palsu lebih RM23 juta, 2 beradik ditahan SPRM

Buat bayaran palsu lebih RM23 juta, 2 beradik ditahan SPRM

Dua beradik direman tiga hari oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas disyaki terbabit kes pembayaran palsu bernilai lebih RM23 juta bagi sebuah projek pembinaan pangsapuri di Kuala Lumpur.

Sumber berkata, dua suspek lelaki yang merupakan bekas pengarah urusan sebuah syarikat pembangunan, kejuruteraan dan pembinaan terbabit ditahan di Ibu Pejabat SPRM, kira-kira 7 malam, semalam, ketika hadir memberi keterangan.



“Dua suspek berusia 60-an terbabit disyaki telah membuat pembayaran palsu dan curang kepada perunding, sub-kontraktor dan pihak-pihak ketiga.

“Mereka (suspek) disyaki menggunakan kemudahan perbankan ‘overdraf’ sebuah bank tempatan bernilai lebih RM23 juta antara 2017 hingga 2019 bagi projek pembinaan pangsapuri di Kuala Lumpur bernilai lebih RM350 juta sedangkan projek tersebut tidak dijalankan,” katanya.

Beliau berkata, permohonan reman bermula hari ini itu dibenarkan Majistret Irza Zulaikha Rohanuddin selepas SPRM membuat permohonan di Mahkamah Majistret Putrajaya, pagi tadi.

Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM, Hishamuddin Hashim mengesahkan penahanan itu dan berkata kes disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009. FMT



Buat bayaran palsu lebih RM23 juta, 2 beradik ditahan SPRM


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Jadi janda tidaklah hina – Fatin Afeefa



Cukup sudah dengan Anwar dan Mahathir

Akulah Penyamun – PKR



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker