Abdullah Zaik, CEO didakwa beli 131kg emas untuk Aman Palestin

Abdullah Zaik, CEO didakwa beli 131kg emas untuk Aman Palestin

Selain menghadapi 52 pertuduhan pecah amanah, dua pegawai atasan Aman Palestin Bhd (Aman Palestin) juga berdepan dengan 19 pertuduhan lain membabitkan entiti tersebut.

Kali ini Abdullah Zaik Abdul Rahman dan Awang Suffian Awang Piut didakwa bertindak secara curang untuk memperdaya lembaga pemegang amanah Aman Palestin.



Mereka didakwa secara bersama menipu lembaga pemegang amanah syarikat terbabit dengan memindahkan wang bernilai RM5.75 juta daripada RM39.15 juta ke akaun syarikat mereka sendiri yang bertindak sebagai ejen untuk pembelian 131kg emas.

Kedua-dua mereka merupakan pengarah kepada syarikat Samudra Champa Sdn Bhd (Samudra Champa).

Abdullah Zaik merupakan pengerusi eksekutif untuk Aman Palestin manakala Awang Suffian merupakan ketua pegawai eksekutif entiti itu.

Menurut kertas pertuduhan, lembaga pemegang amanah badan berkenaan tidak akan menyerahkan wang tersebut jika mereka tidak diperdaya oleh Abdullah Zaik dan Awang Suffian.



“Oleh yang demikian kamu berdua telah melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama seksyen 34 lanun yang sama,” kata pertuduhan tersebut.

Kedua-dua tertuduh mengaku tidak bersalah atas semua 19 pertuduhan.

Melalui setiap pertuduhan yang dibacakan di hadapan hakim Mahkamah Sesyen Shah Alam, Anita Harun, Abdullah Zaik dan Awang Suffian didakwa meletakkan harga lebih tinggi daripada kadar sebenar untuk emas yang akan dibeli oleh syarikat mereka sendiri bagi pihak Aman Palestin.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di pejabat Aman Palestin antara 24 Sept 2021 dan 14 Julai tahun lepas.



Di mahkamah sama, kedua-dua mereka juga menghadapi 19 pertuduhan individu untuk pengubahan wang haram dan 52 pertuduhan lagi setiap satu untuk CBTpecah amanah.

Bagi pertuduhan pengubahan wang haram, kedua-dua mereka didakwa terbabit dalam pembelian hartanah bernilai berjuta-juta Ringgit, beberapa bidang tanah dan Toyota Vellfire untuk syarikat sendiri dengan menggunakan dana daripada aktiviti haram.

Sementara itu, seorang lagi pengarah Samudra Champa, Khairudin Mohd Ali, turut didakwa di mahkamah sama atas tiga pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan pembelian lot kedai dua tingkat di Johor; sebuah lot kedai tiga tingkat di Sabah; dan sebuah kilang berkembar di Bangi.

Jika sabit kesalahan mereka boleh dihukum penjara maksimum 15 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah dana haram, atau RM5 juta, yang mana lebih besar.



Selepas pertuduhan dibacakan, timbalan pendakwa raya Ahmad Akram Gharib berkata kedua-dua pihak bersetuju mengekalkan jumlah wang jaminan RM1 juta sebelum ini yang diberikan untuk Abdullah dan Awang, manakala jumlah berasingan RM200,000 diberikan untuk Khairudin.

Ketiga-tiga mereka dikehendaki membayar separuh daripada jumlah sebagai deposit hari ini dan bakinya sebelum tarikh perbicaraan seterusnya yang ditetapkan pada 14 Mac.

November lalu, SPRM telah membekukan akaun milik Aman Palestin dan beberapa syarikat lain, membabitkan dana lebih RM15.8 juta. Mk

Abdullah Zaik, CEO didakwa beli 131kg emas untuk Aman Palestin



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Nasi ayam harga RM14 lauk ‘ciput’ buat pelanggan terkejut



Madu Marissa, Misya dan Aslam makan semeja, netizen pertikai kenapa kahwin dua

Enakmen Syariah Kelantan bukan Hudud bukan Qisas – Nik Elin

Tular gambar Nik Elin-Takiyuddin bersama, Awang Hashim sentap

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker