Aman Palestin mengaku tak salah pecah amanah, ubah wang haram

Aman Palestin mengaku tak salah pecah amanah, ubah wang haram

Dua eksekutif sebuah NGO dan seorang pengarah syarikat mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen hari ini atas sejumlah 164 tuduhan membabitkan pengubahan wang haram, pecah amanah (CBT) dan penipuan.

Pengerusi Eksekutif Aman Palestin Abdullah Zaik Abdul Rahman, CEO Awang Suffian Awang Piut, dan Pengarah Samudra Champa Sdn Bhd Khairudin Ali mengaku tidak bersalah selepas tuduhan dibacakan di hadapan Hakim Anita Harun.



Tuduhan dibuat mengikut Seksyen 409 dan Seksyen 420 Kanun Keseksaan, serta Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (Amla).

Abdullah Zaik dan Awang Suffian masing-masing didakwa atas 52 tuduhan pecah amanah membabitkan RM20.9 juta, serta 19 tuduhan pengubahan wang haram membabitkan RM12.8 juta.

Mereka turut didakwa bersama atas 19 tuduhan menipu membabitkan RM5.75 juta.

Kedua-dua mereka didakwa melakukan kesalahan ketika bertindak atas kapasiti sebagai pengarah Samudra Champa.



Sementara itu, Khairudin didakwa atas tiga tuduhan pengubahan wang haram membabitkan sejumlah RM6 juta.

Mahkamah membenarkan ketiga-tiga mereka diikat jamin, dengan RM200,000 bagi Khairuddin, manakala Abdullah Zaik dan Awang Suffian diperintah membayar RM1 juta setiap seorang.

Mereka turut dikehendaki menyediakan seorang penjamin dan menyerahkan pasport.

Kesemua tertuduh diperintahkan membayar separuh jumlah jaminan hari ini, manakala bakinya perlu dijelaskan sebelum sebutan kes pada 13 Mac.



Semalam, FMT memetik sumber sebagai berkata, tiga individu akan menghadapi lebih 100 tuduhan di mahkamah berkait dakwaan pengubahan wang haram melibatkan hasil penyelewengan dana NGO Aman Palestin.

Sumber itu berkata, tiga lelaki berusia 40-an hingga 50-an itu ditahan pada 11.30 pagi semalam ketika hadir di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya untuk memberikan keterangan.

Tahun lepas, SPRM membekukan 41 akaun bank milik Aman Palestin dan beberapa syarikat lain membabitkan sejumlah RM15.8 juta sebagai sebahagian daripada siasatan ke atas dakwaan penyelewengan RM70 juta oleh NGO itu. FMT

Aman Palestin mengaku tak salah pecah amanah, ubah wang haram



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Nasi ayam harga RM14 lauk ‘ciput’ buat pelanggan terkejut



Madu Marissa, Misya dan Aslam makan semeja, netizen pertikai kenapa kahwin dua

Enakmen Syariah Kelantan bukan Hudud bukan Qisas – Nik Elin



Tular gambar Nik Elin-Takiyuddin bersama, Awang Hashim sentap

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker