Sokongan merosot kepada kerajaan kerana tegas perangi rasuah.

Sokongan merosot kerana kerajaan tegas perangi rasuah

Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui sokongan kepada kerajaan Pakatan Harapan (PH) dan kepemimpinan beliau merosot disebabkan ada pihak tidak senang hati dengan ketegasan kerajaan membanteras rasuah.

Perdana Menteri bagaimanapun menegaskan, kerajaan akan terus memerangi rasuah yang merosakkan negara dan akan memastikan parti pemerintah tidak mengulangi kesilapan kerajaan terdahulu yang terpalit salah guna kuasa dan penyelewengan.

Katanya, di bawah pentadbiran kerajaan terdahulu ada pihak sudah biasa mengamalkan rasuah dan kini mereka kehilangan punca pendapatan haram itu selepas kerajaan baharu berusaha menyekat perbuatan terbabit.



“Dulu kita tahu ada orang tertentu dapat perlindungan dari jentera dan pegawai kerajaan kerana rasuah, apabila kita usaha menghentikannya, maka pegawai kerajaan tertentu ini tiada pendapatan tambahan dan mereka kecewa, (malah) mereka rasa kerajaan kleptokrasi (terdahulu) lebih baik daripada kerajaan demokrasi.

“Sebab itu sokongan pada kerajaan ini dan saya sendiri merosot, tetapi kita akan terus bersihkan negara dari rasuah, kerana rasuah akan hancurkan negara dan menyebabkan kos hidup meningkat kerana setiap yang kita belanja kena tambah kos rasuah,” katanya pada Majlis Perjumpaan Pegawai-Pegawai Kerajaan Bersama Perdana Menteri di sini, hari ini.

Sumber BH



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker