Lima lagi MP pembangkang selesai beri keterangan

Lima lagi Ahli Parlimen pembangkang selesai memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, di sini, hari ini berhubung perarakan Ahli Parlimen pembangkang ke bangunan Parlimen baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Noor Delihan Yahaya ketika dihubungi berkata, mereka terdiri daripada Ahli Parlimen Ipoh Barat M.Kula Segaran, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail (Kulim-Bandar Baharu), Datuk Mahfuz Omar (Pokok Sena), Datuk Seri Salahuddin Ayub (Pulai) dan Gobind Singh Deo (Puchong).

Pada 4 Ogos lepas, enam Ahli Parlimen pembangkang hadir ke IPD Dang Wangi untuk memberi keterangan, manakala semalam tiga lagi turut berbuat demikian.



Isnin lepas, Ahli Parlimen pembangkang cuba memasuki pekarangan bangunan Parlimen bagi mendesak supaya sidang khas disambung walaupun ia telah ditangguhkan atas nasihat Kementerian Kesihatan berikutan penularan COVID-19.

Kumpulan itu kemudian bersurai tanpa sebarang kekecohan selepas diarahkan polis

Lima lagi MP pembangkang selesai beri keterangan

 




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


UMNO jawab surat JPPM minggu depan



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker