UMNO, PH wajar bimbang prestasi, penerobosan PN

UMNO, PH wajar bimbang prestasi, penerobosan PN

Oleh Ibrahim M

SATU lagi kemenangan selesa Perikatan Nasional (PN) di kerusi Parlimen yang terletak sebelah utara pada Rabu lalu, wajar menjadi kebimbangan buat Pakatan Harapan (PH) dan UMNO.



Pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) di Padang Serai, di mana kaum Melayu membentuk 62 peratus pengundi, berkesan menjadi pertarungan langsung antara PKR dan BERSATU untuk masing-masing mahu meraih undi Melayu. Ia adalah pertarungan yang PKR tidak akan menang.

Seperti dijangka, calon PN Parlimen Padang Serai, Datuk Azman Nasrudin, memenangi kerusi itu, apabila memperoleh majoriti 16,250 undi, sekali gus berjaya menumpaskan calon PKR (PH), Sofee Razak.

Kemenangan Azman menyaksikan beliau meraih 56.49 peratus daripada keseluruhan undian, manakala Sofee meraih 38.7 peratus.

Dengan peratusan keluar mengundi sebanyak 69 peratus, rumusan yang tidak dapat dielakkan adalah undi orang Melayu tempatan memihak kepada PN.



CORAK PENGUNDIAN

Keputusan itu konsisten dengan corak pengundian yang dilihat merentasi negeri di sebelah utara pada PRU.

Dipimpin oleh PAS, PN menyapu bersih kerusi Parlimen di Kelantan (14 kerusi), Terengganu (8) dan Perlis (3). Mereka juga memenangi 14 kerusi di Kedah, kurang satu untuk melengkapkan penguasaan kerusi Parlimen di negeri itu.

Bagaimanapun, ramalan Pengarah Pilihan Raya PAS, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, bahawa PN akan memenangi kesemua 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada pilihan raya seterusnya bukanlah satu kemegahan yang sia-sia.



Selain itu, PN juga melakukan ‘penerobosan’ besar-besaran di negeri Semenanjung lain. Gabungan itu memenangi tiga daripada enam kerusi Parlimen di Melaka (50 peratus), tujuh daripada 15 kerusi di Pahang (47 peratus), 10 daripada 24 di Perak (42 peratus) dan enam daripada 16 di Selangor (38 peratus).

Malah gabungan itu berjaya menakluk tiga daripada 16 kerusi yang ditawarkan di Pulau Pinang (19 peratus) termasuk menawan Permatang Pauh yang menjadi kubu kuat keluarga Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang mana kawasan itu memiliki 73 peratus populasi Melayu.

Hanya Negeri Sembilan (kosong daripada lapan), Johor (dua daripada 25 atau lapan peratus) dan Wilayah Persekutuan (dua daripada 13 atau 15 peratus) masih di luar genggaman PN sekurang-kurangnya buat masa ini.

MENGHADAPI KEBENARAN YANG PAHIT



Keputusannya boleh dijelaskan dalam beberapa cara.

Tanpa mempersoalkan, ia menunjukkan bahawa orang Melayu semakin menolak UMNO yang cenderung memihak PN, di mana PAS setelah memenangi 49 daripada 74 kerusi gabungan itu, parti itu mempunyai pengaruh yang dominan.

Dengan berbuat demikian, pengundi juga menolak acuan Islam sederhana yang diperjuangkan UMNO apabila memihak kepada ‘jenama’ agama yang lebih berhaluan kanan.

Trend itu mencetuskan kebimbangan apabila negara ini, dilihat semakin condong kepada teokrasi (sistem kerajaan yang menggunakan hukum agama sebagai dasar pemerintah negara).



UMNO sudah hilang tempatnya di Tanah Melayu ini, malah ramai yang memperkatakannya bahkan pandangan diterima secara meluas.

Ibarat dibuai rasa puas hati selepas berjaya menakluk Melaka dan Johor pada pilihan raya lalu, ahli parti itu terlalu percaya pada retorik dangkalnya sehingga sama sekali tersalah membaca sentimen pengundi di seluruh negara dan menghapuskan pengaruh PAS di sebelah utara sebelum waktunya.

Bagaimanapun, kurang didengari adalah dua kebenaran berbeza berlainan.

Pertama, gabungan PH dalam kalangan orang Melayu diwakili oleh PKR dan Parti Amanah Negara (AMANAH) tidak dapat memenangi sebahagian besar undi Melayu.



PKR kelihatan bergelut dengan komposisi berbilang kaumnya, manakala AMANAH iaitu parti pecahan PAS yang ditubuhkan tujuh tahun lalu, gagal berkembang melangkaui asas sokongannya yang kecil.

Kebenaran lain ialah, atas alasan sekalipun, Anwar Ibrahim sendiri tidak boleh menarik kembali undi orang Melayu.

Ramai yang akan melemparkan hujah bahawa komposisi PKR yang berbilang kaum menjadi templat ideal untuk untuk parti politik maju ke hadapan. Bagaimanapun, keputusan PRU15 jelas menunjukkan ia bukanlah ‘kenderaan’ yang sesuai dengan realiti politik Malaysia.

Dengan kaum dan agama akan menjadi agenda yang lebih menonjol dalam landskap politik negara sekarang berbanding masa sebelum ini, ia sesuatu yang lebih radikal diperlukan untuk mengekalkan kesederhanaan Malaysia. Ia menjadi kunci kepada pemulihan ekonominya selain meredakan kebimbangan dalam kalangan bukan Islam tentang ‘pencairan’ hak mereka.

Kerajaan Perpaduan sekarang mungkin menjadi ‘ubat’ henti jurang yang berkesan untuk menangkis langkah ke hadapan PN dan jenama politik yang memecah belah. Tetapi pastinya, ia penyelesaian jangka panjang.

PERLU PERUBAHAN DRASTIK

Anwar, PH dan UMNO mesti menerima perubahan drastik yang diperlukan untuk memenangi kembali undi orang Melayu yang mustahak.

Perubahan mesti bermula dengan pembentukan sebuah gabungan baharu yang mana UMNO, dilaporkan mempunyai lebih tiga juta ahli, boleh memainkan peranan untuk memulihkan kembali sokongan orang Melayu yang hilang.

Sebelum apa-apa pakatan boleh berjaya, prejudis berpanjangan antara UMNO dan parti komponen PH, PKR, DAP serta AMANAH mesti diketepikan sama sekali untuk semua.

Di sebelah UMNO, parti itu mesti berhenti berpura-pura sebagai parti gemilang yang membawa negara ini mencapai kemerdekaan.

Parti itu kini dicemari dengan persepsi yang berakar umbi dalam kalangan rakyat bahawa pemimpin parti itu adalah sekumpulan ahli politik yang korup, selain tidak cekap sepenuhnya.

BERSATU dan PAS pula mengambil kesempatan sepenuhnya persepsi itu untuk menembusi sokongan UMNO, sambil memperkukuhkan cengkaman di pangkalan mereka sendiri.

Parti itu perlu menyingkirkan persepsi ini untuk selama-lamanya.

Untuk itu, UMNO digesa merombak sepenuhnya saf kepimpinannya. Pemimpin yang dilihat secara meluas sebagai ‘tercemar’ termasuk Presiden, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan ahli ‘kluster mahkamah’, mesti memberi laluan kepada kepemimpinan baharu serta berwibawa.

Ahmad Zahid mungkin bersusah payah dan menunjukkan prestasi yang mengkagumkan untuk memastikan parti itu utuh sejak empat tahun lalu, walaupun berdepan cabaran besar baik dari dalam parti mahupun peribadi.

Beliau bersama ramai dalam kalangan saf kepimpinan semasa, bagaimanapun perlu menerima hakikat bahawa memimpin pemulihan UMNO adalah tugas pemimpin seterusnya dan berundur secara ‘mulia’.

PEMIMPIN BAHARU

UMNO memiliki ramai pemimpin dalam parti itu yang boleh dipanggil menerajui tampuk, dengan bekas Menteri Kewangan II, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berada di barisan hadapan.

Menjadi satu-satunya calon UMNO yang menang di kerusi dalam kawasan ‘paling bandar’ di Lembah Klang, Johari boleh menggunakan kepintaran dimilikinya dalam dunia perniagaan, untuk menunjukkan bagaimana UMNO serta kerajaan boleh mengangkat taraf golongan miskin bandar dan luar bandar yang mana dalam kalangannya, masih ramai pengundi Melayu masih merana.

Calon BN, Khairy Jamaluddn, mungkin tewas di Parlimen Sungai Buloh, tetapi ramai percaya ada pihak sengaja meletakkan beliau dalam situasi sukar.

Beliau boleh berbangga dengan prestasi pilihan rayanya, apabila berjaya mengurangkan majoriti diraih PKR sebanyak 26,634 undi pada 2018 kepada hanya 2,693 undi. Undinya melonjak kepada 67,383 undi di kawasan itu pada PRU15.

Paling dipuji ramai kerana prestasinya, pertama sebagai menteri penyelarasan vaksinasi dan kemudiannya sebagai Menteri Kesihatan, Khairy dilihat sangat cekap serta mempunyai ramai peminat dalam kalangan rakyat.

Calon lain yang layak termasuk menteri sekarang ini, Datuk Seri Azalina Othman Said; Naib Ketua Pemuda UMNO, Shahril Hamdan dan Ketua Penerangan UMNO, Isham Jalil.

Sudah tiba masanya untuk personaliti ini dan ramai pemimpin berbakat di peringkat bahagian mengetepikan perbezaan mereka dan mula bekerjasama untuk parti dan negara.

REALITI YANG PERDANA MENTERI PERLU TERIMA

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mesti menerima realiti tertentu.

Beliau tidak perlu diperingatkan bahawa beliau sedang berjalan di atas gantungan tali untuk mengimbangi agenda Melayunya dan dalam masa sama mahu mengekalkan sokongan bukan Melayunya yang jelas.

Anwar mesti menerima bahawa, dalam Kerajaan Perpaduan pimpinannya, hanya UMNO yang mempunyai kapasiti mendapatkan semula undi orang Melayu yang hilang. Oleh itu, beliau mesti memainkan peranan dalam proses peremajaan parti.

Perdana Menteri mesti memberikan peluang kepada UMNO supaya memainkan peranan lebih menonjol dalam Kabinet, supaya wakil parti dalam kerajaan dapat menonjolkan keupayaan mereka dan menawarkan penyelesaian sebenarnya dalam usaha memenangi semula keyakinan masyarakat umum, khususnya orang Melayu.

Setakat ini, pemimpin yang dilantik UMNO sudah diberi sebahagian besarnya peranan yang lemah dalam kerajaan. Justeru, Anwar mesti menawarkan wakil parti untuk memimpin supaya ia dapat mempengaruhi undi orang Melayu.

Kesudahannya, pembinaan semula Malaysia mengkehendaki perlunya memenangi semula undi orang Melayu. Itu menjadi tugas yang hanya UMNO boleh lakukan. Bagaimanapun, parti itu tidak boleh mencapai apa-apa dalam ‘acuannya’ sekarang.

UMNO dan sekutu PH yang baru ditemuinya memikul banyak kerja yang harus dilakukan untuk memastikan kelangsungan Kerajaan Perpaduan, sambil membina semula kepercayaan orang Melayu yang sokongan mereka sejak sekian lama diambil ringan. BH

UMNO, PH wajar bimbang prestasi, penerobosan PN


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Baru saja kahwin Dai Syed dah cakap pasal kahwin lain (Video)

Tomok dakwa pekerjanya kena pukau

Farid Kamil Terlepas Hukuman Penjara Sebab Berlakon Watak Anwar Ibrahim?

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker