Empat ‘Superman’ LPT didakwa di mahkamah

Empat ‘Superman’ LPT didakwa di mahkamah

TEMERLOH: Empat penunggang motosikal termasuk remaja berusia 15 tahun didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas kesalahan menunggang secara melulu dan berbahaya di Lebuhraya Pantai Timur 1 (LPT1), Ahad lalu.

Tertuduh, Ammar Muizzuddin Abdul Aziz, 19; Wan Muhammad Syahmi Wan Zulkififli, 20, dan Mohamad Haiqal Mohd Hanafi, 22 tahun adalah penuntut institusi pengajian tinggi, manakala seorang lagi tertuduh adalah pelajar Tingkatan Tiga di sebuah sekolah di sini.



Semua tertuduh mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Ahmad Rizki Abdul Jalil.

Mengikut fakta pertuduhan, semua tertuduh didakwa menunggang motosikal secara melulu dan berbahaya kepada pengguna jalan raya lain.

Kesalahan didakwa dilakukan kira-kira jam 6.30 petang, 24 Disember lalu di Kilometer 127 LPT1 arah timur, sini.

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 jika sabit kesalahan boleh dipenjara hingga lima tahun dan denda hingga RM15,000.



Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Khairunnisa Zaffar dan semua tertuduh diwakili Khairul Anuar Abu Hasan Ashaari.

Mahkamah menetapkan tiga penuntut IPT itu dijamin RM3,000 seorang dan RM1,500 untuk jaminan bagi tertuduh juvana.

Mahkamah menetapkan 6 Februari untuk sebutan semula kes.

Aksi ‘Superman’ yang berakhir dengan kemalangan di Jambatan Ahmad Shah Temerloh pada 24 Disember lalu tular di media sosial. BH



Empat ‘Superman’ LPT didakwa di mahkamah

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Puteri Sarah sudah disunting?



Pelakon biadap, rasa diva sebab ramai followers – Kismah Johari

Muhammad nama paling popular di UK bagi tahun 2023



Aplikasi Al-Inarah menjawab segala kemusykilan agama anda



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker