Kelajuan 5G Malaysia ketiga terpantas di dunia

Kelajuan rangkaian 5G Malaysia terpantas di Asia Tenggara dan ketiga di peringkat global dengan median kelajuan 485.25Mbps, kata Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil.

Fahmi dalam beberapa ciapan di aplikasi X berkata, perkara itu membuktikan komitmen kerajaan terutama kementeriannya dalam memastikan kualiti rangkaian 5G bertaraf dunia dibangunkan di negara ini.

“Semestinya ini merupakan pencapaian yang cemerlang namun untuk masa hadapan, KKD perlu fokus meningkatkan penerimagunaan 5G dalam kalangan industri dan rakyat,” ciapnya hari ini.



Bagaimanapun Fahmi berkata, penerimagunaan 5G di Malaysia masih rendah walaupun liputan 5G telah mencecah 70.2 peratus.

“Usaha meningkatkan angka ini perlu diteruskan.

“Maka petang tadi, saya telah melancarkan Pusat Pengalaman 5G oleh Digital Nasional Berhad (DNB) yang turut dihadiri beberapa wakil kedutaan asing,” ujarnya.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Nabil luah isi hati mengenai Elly Mazlein



Adegan panas dengan Zul Ariffin buahkan hasil – Siti Hariesa

Saya pakai singlet jer – Elisya Sandha



Ameera Khan bercinta dengan Meerqeen?

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker