Maut ditikam ketika mahu solat Jumaat

Maut ditikam ketika mahu solat Jumaat

KLANG – Hasrat seorang lelaki warga emas untuk menunaikan solat Jumaat bertukar tragedi apabila dia maut ditikam di hadapan rumahnya di Kampung Idaman, Pandamaran, di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 12.30 tengah hari itu, mangsa, Mohd. Sani Abdullah, 69, meninggal dunia akibat kecederaan di anggota badan.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, siasatan awal pihaknya mendapati perbuatan itu dipercayai dilakukan seorang lelaki.

“Ketika kejadian, mangsa sedang bersiap untuk pergi menunaikan solat Jumaat di sekitar kawasan berkenaan.

“Mangsa kemudian didatangi seorang lelaki yang bertindak menikamnya di badan dengan senjata tajam lalu melarikan diri,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Jelas beliau, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) untuk bedah siasat.

Tambah Hoong Fong, pihaknya masih menjalankan siasatan menyeluruh termasuk mengesan suspek kes berkenaan.

Jelas beliau, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Justeru, orang ramai yang mempunyai maklumat supaya menghubungi balai polis berdekatan bagi membantu siasatan,” katanya. K Online

Maut ditikam ketika mahu solat Jumaat


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Berjoget lepas sah cerai depan pejabat agama

‘Asean Lady’ Milik Vincent Tan Akan Dijual Pada Harga RM143 Juta

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker