20 maut dilenyek lori, treler

20 maut dilenyek lori, treler

Klang: Lebih 20 nyawa ‘melayang’ terutama penunggang motosikal akibat kemalangan jalan raya membabitkan kenderaan berat terutama treler di laluan Kampung Telok Gong di sini, sejak lima tahun lalu.

Terbaru seorang kanak-kanak perempuan, Nurul Jannatun Assyifa Muhammad Jamathir, sembilan tahun, maut dalam kemalangan membabitkan treler kelmarin.

Susulan itu kira-kira 20,000 penduduk Kampung Telok Gong, di sini, mendesak pihak berwajib menaik taraf jalan utama di kawasan itu.

Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Telok Gong, Rosli Ismail, 58, berkata, kemalangan adalah isu utama yang perlu segera diatasi kerana sudah meragut banyak nyawa.

Beliau berkata, keadaan jalan sepanjang tujuh kilometer itu masih sama sejak sekian lama sedangkan jumlah kenderaan berat semakin meningkat.

“Selain menaik taraf jalan sedia ada, kami memohon bonggol dan pemutus kelajuan dibina bagi mengelak pengguna memandu laju terutama kenderaan berat.

“Masa operasi kenderaan berat menggunakan laluan itu juga perlu dihadkan terutama ketika waktu puncak,” katanya ketika ditemui selepas menyertai bantahan aman di kampung itu, tadi.

Terdahulu, beliau bersama 100 penduduk menyerahkan memorandum bantahan kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelabuhan Klang, Azmizam Zaman Huri berdekatan lokasi kemalangan menimpa Nurul Jannatun Assyifa.

Dalam tragedi terbaru itu, murid perempuan terbabit maut akibat digilis treler manakala adiknya,

Alif Zahfran, tujuh tahun, dan pengasuh wanita berusia 54 tahun cedera.

Sementara itu,Kahar Jaafar, 58, yang tinggal di Kampung Teluk Gong sejak 50 tahun lalu tidak menyalahkan mana-mana pihak termasuk pemandu kenderaan berat yang menggunakan laluan itu.

“Namun faktor kemalangan yang agak kerap hingga mengorbankan 20 nyawa perlu dielak daripada berlarutan.

“Semua pihak perlu lebih berwaspada menggunakan laluan itu dan tidak bersikap mementingkan diri dengan memandu laju sehingga berlaku kemalangan,” katanya.

Sementara itu, Azmizam berkata, beliau akan membincangkan isu berkenaan secara terperinci dengan Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Majlis Perbandaran Klang (MPK).

“Memang diakui laluan kampung itu sentiasa sesak dengan kenderaan berat dan mengundang bahaya sekiranya tidak berhati-hati,” katanya. HM

20 maut dilenyek lori, treler

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Saya Bukan Punca Diana Fail Cerai Terhadap Farid – Ahirine

Jangan Biarkan Mereka Menjatuhkan Maruah Jawi – Puteri Sarah

Kalau bayar fidyah tak perlu ganti puasa ke?

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker