Petugas KKM terpaksa minta bantuan Bomba bantu turunkan lelaki seberat 140kg dari rumah

ANGGOTA bomba membawa turun seorang lelaki obesiti seberat 140 kg dari tingkat empat sebuah pangsapuri di Lorong Pandan, Melaka.

Sepasukan bomba membantu membawa turun seorang lelaki obesiti seberat 140 (kg) menggunakan cadar dari kediamannya di tingkat empat sebuah pangsapuri di Lorong Pandan, di sini, bagi mendapatkan rawatan di hospital, hari ini.

Komander operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Melaka Tengah, Pegawai Bomba Kanan II Mohd. Sofian Hassan berkata, panggilan bantuan itu diterima pada pukul 10.13 pagi daripada pihak Kementerian Kesihatan (KKM).

Katanya, sepasukan tujuh pegawai dan anggota bersama-sama sebuah jentera telah dikejarkan ke lokasi.

“Setiba di lokasi pada pukul 10.22 pagi, kita dapati benar terdapat seorang mangsa lelaki obesiti berumur 50 tahun terbaring di dalam bilik kerana dipercayai tidak mampu bangun untuk dibawa petugas KKM ke hospital.



“Seramai tujuh anggota bomba membantu mengangkat dan membawa turun mangsa dari kediamannya di tingkat empa,” katanya.

Tambahnya, mangsa telah diangkat menggunakan cadar dan operasi membawa turun mangsa mengambil masa kira-kira 15 minit.

“Mangsa selamat dibawa turun tanpa sebarang kecederaan dan operasi tamat pada pukul 10.37,” katanya.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

‘Apa salah saya’, Mahathir tanya pengundi Langkawi



Pelajar perempuan bogel ketika keluar dari kereta selepas kemalangan

Wanita 23 tahun jadi jutawan selepas kerja cuci rumah



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker