Facebook, WhatsApp dan Instagram tergendala

Facebook, WhatsApp dan Instagram tergendala

Tiga platform gergasi media sosial iaitu Facebook, WhatsApp dan Instagram menghadapi masalah sehingga menjejaskan pengguna di seluruh negara.

Menerusi tinjauan Kosmo! di Twitter mendapati perkataan WhatsApp menjadi sohor kini dengan lebih 231,000 ciapan.



Rata-rata orang ramai masih tertanya-tanya mengenai punca masalah itu dan bagaimana ia boleh berlaku.

Kebanyakan mereka tidak dapat mengakses masuk tiga platform media sosial berkenaan sehingga mengundang pelbagai pertanyaan.

“Baru saja berlaku, saya tidak dapat mengakses Facebook dan WhatsApp. Ingatkan disebabkan masalah Wi-fi rupa-rupanya aplikasi tersebut mengalami masalah,” kata @Nikk.

“Terkejut sekejap tak dapat masuk (log in) Instagram dan Facebook, ingatkan tak bayar bil utiliti,” jelas @Rubyina.



Namun terdapat sesetengah pengguna tidak mengalami masalah untuk mengakses tiga platform media sosial berkenaan.

Antaranya @Katiefot dan @Jamesjamal yang mengatakan mereka tidak menghadapi masalah untuk melayari ketiga-tiga media sosial berkenaan.

Setakat ini, tiada sebarang kenyataan rasmi dikeluarkan oleh penyedia perkhidmatan sosial media berkenaan. K Online

Facebook, WhatsApp dan Instagram tergendala




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Nabila Huda dituntut bayar ganti rugi RM900,000 dan mohon maaf dalam 7 hari



Kata dua Aaron Aziz kepada Aliff Aziz

Pendayung solo rentas Atlantik maut di tengah laut [VIDEO]



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker