Nafi gangguan seksual di sekolah, Setiausaha Agung NUTP ‘dihentam’ gabungan wanita


Sebuah gabungan kumpulan wanita menghentam Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) kerana menganggap remeh kejadian gangguan seksual dan “pemeriksaan haid” di sekolah dalam sebuah program TV.

Gabungan tersebut dalam kenyataan berkata, Harry Tan gagal memandang serius masalah ini dengan mengkritik “National Walkout Day”, sebuah gerakan protes terhadap gangguan seksual, rogol dan salah laku di sekolah.

Walaupun ia menyatakan bukan semua guru terlibat, ramai yang membisu dan tidak mengambil tindakan, bukan malah melaporkan salah laku rakan sekerja mereka.

Kenyataan itu ditandatangani oleh Kumpulan Tindakan Bersama bagi Kesetaraan Gender (JAG) bersama Bulan Sisters dan Pertubuhan Pembangunan Kendiri Wanita dan Gadis (WOMEN:girls).



“Fokus NUTP untuk menjaga reputasi menunjukkan adanya keperluan ‘menjaga air muka’ dalam bidang keguruan, dengan mengorbankan pelajar yang sepatutnya dilindungi oleh pesalah laku ini,” katanya.

Gabungan tersebut juga mengecam tindakan Tan mempersoalkan sama ada kejadian sebegitu sebenarnya isu meluas, kerana tiada laporan dan data sedia ada.

“Ini bukti bidang keguruan tidak faham isu gangguan seksual,” katanya.

“Ia disertai kurangnya laporan daripada mangsa kerana takut pembalasan, kurangnya sensitiviti individu berkuasa, terutamanya reaksi tidak percaya (seperti yang dizahirkan oleh Tan) dan ketiadaan mekanisme penyelesaian yang tertumpu kepada mangsa.”



Tambah gabungan tersebut, budaya rogol tidak sepatutnya memilik konsep “satu atau tiada”, kerana hanya satu kes gangguan seksual atau salah laku di sekolah adalah “terlalu banyak”.

Polis hanya merekodkan 1,218 kes gangguan seksual antara 2013 dan 2017, katanya, bertentangan dengan penemuan tinjauan YouGov Omnibus pada 2019 bahawa satu daripada tiga wanita di Malaysia mengalami gangguan seksual.

Dalam wawancara dengan Astro Awani semalam, Tan menimbulkan persoalan sama ada gangguan seksual, rogol dan salah guna kuasa sememangnya berlaku di sekolah-sekolah di seluruh negara.

“Bagaimana ini menjadi masalah meluas? Mana statistik, datanya? Siapa yang mereka maksudkan?” soal beliau.



“Kita ada 450,000 guru di negara ini, 10,000 sekolah. Berapa banyak sekolah yang mereka maksudkan? Beri saya faktanya.” FMT

Pelajar perempuan dimalukan, diraba untuk periksa datang bulan



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker