Perjanjian sokong Kerajaan Perpaduan dimeterai esok – Nanta

KUCHING – Satu perjanjian persefahaman bagi menyokong Kerajaan Perpaduan yang melibatkan kesemua gabungan parti yang membentuknya akan dimeterai petang Jumaat.

Setiausaha Agung Gabungan Parti Sarawak (GPS), Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, kepimpinan tertinggi GPS pada Khamis telah bermesyuarat bagi memperhalusi draf perjanjian berkenaan.

Objektif utama perjanjian ini adalah supaya kesemua parti yang bersama dalam Kerajaan Perpaduan ini bersatu dalam kita membentuk satu kerajaan dan memberi kepercayaan kepada Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim),” katanya.



Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mesyuarat itu yang dipengerusikan Pengerusi GPS dan Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg di sini.

Menurutnya, GPS memberi jaminan akan terus menyokong Kerajaan Perpaduan pimpinan Anwar sekiranya usul undi percaya diadakan di Dewan Rakyat Isnin depan.

Katanya, sokongan gabungan itu terhadap kerajaan ketika ini turut mengambil kira kepentingan dan hak Sarawak termasuklah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

“Bagi GPS, yang penting adalah hak Sarawak terjamin,” katanya. – Bernama



 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Pasangan suami isteri didenda buat ‘projek’ di tempat awam [VIDEO]

Banglo seram Bukit Gasing akhirnya dijual dengan harga RM4.4j



Penyokong paling seksi dakwa dilamar ramai pemain

Muat Turun Kalender 2023, Cuti Sekolah & Cuti Umum Malaysia [Percuma]



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker